Pages

Saturday, March 16, 2013

Hari ku

Hari ku harus dipenuhi dengan kehadiranmu, sayangku.....


Ha!!!  Ada kena- mengena ka lagu ni dengan post kali ni?? Sekali pandang, macam ada kena- mengena.. Dua kali pandang, tetap ada kena- mengena... Tiga kali pandang, macam takda kena- mengena la pulak... Kesimpulannya, pandang sekali cukup.... hehehe \(^_^)/


Lirik lagu kat atas tu dipetik dari lagu Bedroom Sanctuary. Padahal lagu ni takda kena-mengena pun...


Minggu lepas bermulanya episod Nisa kena naik turun tren.... Jadi, kehadiranmu yang dimaksudkan dalam lirik tersebut ialah tren. Hehe.... Seawal pagi kena keluar rumah untuk menerjah arus KL yang padat ni ke destinasi yang hendak di tuju... Waktu nak pi kerja tu tak terasa sangat la kepenatan mengejar tren yang tak terkejar (^_^)... Bila masa balik ja, memang padat kut... Mungkin sebab orang ramai bergegas balik sebelum bulan menerangi bumi kut... 

~ Ha!!  ni nak lepas geram ni!!! Dari pejabat, Nisa akan naik komuter dulu... Semua sedia maklum yang komuter ada menyediakan koc untuk wanita (Coach for woman). Jadi, koc ni hanya boleh menempatkan wanita dan kanak-kanak sahaja... Tapi ada juga la manusia yang mungkin confused identity kut sampai dia tak tau samada dia tu lelaki atau perempuan... Nak jugak pi duduk kat situ!! Pastu rasa macam tak bersalah pulak... Tak perasan ka kat situ semuanya wanita?? 

Ok la... ada masa, Nisa menulis lagi...  Nak pi selongkar baju tuk  di pakai masa program malam ni pulak... 

(^_^)



No comments:

Post a Comment