Pages

Sunday, December 26, 2010

Friday, December 3, 2010

Kesian....

Dah lama tak menaip kat sini... sibuk punya pasal... Minggu lepas dah start kelas... asyik ulang alik pi Wisma buat jadual... so jadual dah settle, boleh start kelas tanpa sebarang gangguan...

Sejak hari Rabu takda air kat Muadzam ni... kat ad, dinyatakan hari Rabu dan Kamis ja takda air.. Tapi rumah Nisa tetap ada air... rumah2 lain ja yang takda air... Tup tup, hari ni, Jumaat, rumah Nisa dah kehabisan air... Tapi Nisa bernasib baik la sebab rumah ground floor.. so tak susah la nak mengangkut air kat parking kereta... JBA sediakan satu tangki air kat situ....

Yang kesiannya, orang yang tinggal kat 3rd floor la... nak kena ulang alik angkat baldi yang dipenuhi air ke tingkat diorang... Ramai jugak yang ambil keputusan untuk balik... macam darurat la pulak kan Muadzam ni??? huhu... apa2 ja lah...

Sunday, November 21, 2010

Ikan Keli....

Dah lama tak menulis kat sini.... Bukan tak ada cerita, tapi agak malas nak bercerita... Boleh macam tu??? Ok la kan...hehe

Tadi masa kat dapur, bercerita la kat adik Nisa yang kecik sekali ni, Tisya.. Dia ni suka sikit dengar2 cerita... So, Nisa cerita la kat dia konon2nya sejarah ikan keli... Macam mana ikan keli boleh dapat namanya.... Adik Nisa cakap dia geli nak pegang ikan keli... So, Nisa cakap la yang ikan keli tu sebenarnya 'ikan geli'... Ikan tu ditukar ke nama ikan keli coz kalau guna ikan geli, nanti orang tak mau beli... Betulkah?? haha



Arghh... sedar tak sedar, tinggal lagi seminggu ja cuti... Lepas ni, pulang ke hutan semula... huhu...

Saturday, November 6, 2010

Cat....

Program cuti kali ni ialah mengecat bilik... Rasa macam besar ja bilik ni... Baru cat sebelah dinding baru... Haish... Malas2... Tak boleh nak malas, kang separuh bilik ja yang bercat... Dah dua hari pun tak siap2 lagi...

Tuesday, November 2, 2010

Batuk

Selsema hampir berkurangan... tapi batuk pula yang lebih- lebihsampai terasa perit tekak ni...
Tak suka makan ubat batuk....

***
Tak sabar tunggu hari esok... Nak balik.... Lama rasanya tak balik rumah... Baru nak dekat dua bulan (dah kata lama)... keke...

Saturday, October 30, 2010

MuadzamWood

Gambar ni di ambil kat MuadzamWood... ala2 Hollywood la... keke... Kenangan with my friends... Ala... nanti mesti kangan sama korang kan... ceh ceh ceh... tah2 korang yang rindu Nisa... susah2 ja.. hehe... tapi jangan rindu banyak sangat tau, nanti gugur bulu mata Nisa... keke... Apa2 pun, best dapat kenal korang....(^_^)





Thursday, October 28, 2010

Jantung


Ini cerita serba sedikit tentang jantung. Jantung ini berakhlak mahmudah (akhlak yang terpuji). Jantung amanah. Dia tidak pernah mencuri. Jantung ini ada satu otot, namanya endocardium. Endocardium ini tidak akan mengambil darah yang beroksigen buat dirinya. 100% darah yang diterima, 100% darah yang berkualiti juga akan dipam semula. Tidak pernah sesekali dia menggunakannya buat keperluan dirinya.

Sekiranya coronary artey tersumbat, jantung tetap tidak akan mencuri. Apa yang akan terjadi? Kematian. Dan jantung menujukkan satu lagi sikap, lebih baik mati dalam kemuliaan daripada mati dalam kehinaan.

Jantung juga tidak mementingkan diri. Dia tahu organ-organ lain di dalam badan memerlukan bantuannya. Dia bekerja dalam jemaah, ada "team work". Jantung mengepam 5 L darah dalam masa satu minit. Jumlahnya hampir-hampir satu baldi air. Dia bekerja tanpa rehat. Sekiranya manusia tidur, otaknya akan berehat. Tapi jantungnya akan terus menjalankan tanggungjawabnya kepada Allah.

Jantung menerima arahan dari SA node.. Bahasa mudahnya, SA node ini seperti seorang ketua dan jantung akan mematuhi arahan ketuanya. Dia tidak akan datang lambat. Dia tahu betapa penting dirinya. Dia perlu selalu berinteraksi, menjaga batas perhubungannya. Sekiranya dia berhenti berinteraksi, akan berlaku "sudden cardiac death". Jantung akan tiba-tiba mati.

Satu lagi perkara mengenai jantung - dia tidak akan berhenti bergerak. Apa yang akan terjadi kalau jantung berhenti bergerak? Darah akan bergumpal dan seterusnya menyebabkan strok dan serangan sakit jantung. Jantung mengajar kita agar sentiasa belajar - menjadi continuous learning person. Jangan berhenti. Exam bukannya terminal (penamat) segalanya-galanya. Sebagai seorang muslim, perlu belajar sehingga ke liang lahad.

Jantung ini patuh pada siapa?? Jantung ini patuh pada penciptanya, Allah. Kalau dia patuh pada
saya dan awak, dah lama jantung mati. Contohnya, awak beri arahan, sekarang berdegup cam gini...cam gini...Lepas tu, awak beri lagi arahan...berdegup cam gini...cam gini...Awak akan jadi gila, dan jantung juga akan mati kerana mematuhi peraturan yang tidak masuk akal.

Kadang kita tidak sedar betapa hebatnya kasih sayang Allah buat hambaNya. Derhaka macam mana pun, jantung tetap berfungsi dengan baik. Semua itu nikmat. Bertaubatlah sebelum jantung itu berhenti berfungsi kerana mematuhi perintah RabbNya.

HARGAILAH JANTUNG ANDA.....

Monday, October 25, 2010

Muhasabah Diri

Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.
Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.

1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.


2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.


3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.


4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.

5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.

6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.

7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.


8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.


9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.


10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.




Pernikahan atau Perkawinan,
Menyingkap tabir rahasia …

Isteri yang kamu nikahi,

Tidaklah semulia Khadijah,

Tidaklah setaqwa Aisyah,

Pun tidak setabah Fatimah …

Justru Isteri hanyalah wanita akhir zaman,
Yang punya cita-cita, Menjadi solehah …


Pernikahan atau Perkawinan,
Mengajar kita kewajiban bersama …
Isteri menjadi tanah, Kamu langit penaungnya,

Isteri ladang tanaman, Kamu pemagarnya,

Isteri kiasan ternakan, Kamu gembalanya,
Isteri adalah murid, Kamu mursyid (pembimbing)-nya,
Isteri bagaikan anak kecil, Kamu tempat bermanjanya ..


Saat Isteri menjadi madu, Kamu teguklah sepuasnya,
Seketika Isteri menjadi racun, Kamulah penawar bisanya,
Seandainya Isteri tulang yang bengkok, Berhati2lah meluruskannya …

Pernikahan atau Perkawinan,
Menginsafkan kita perlunya iman dan taqwa …

Untuk belajar meniti sabar dan ridho,

Karena memiliki Isteri yang tak sehebat mana,
Justru kamu akan tersentak dari alpa,

Kamu bukanlah Muhammad Rasulullah atau Isa As,

Pun bukanlah Sayyidina Ali Karamaullahhuwajah,

Cuma suami akhir zaman, yang berusaha menjadi soleh.....


~p/s: untuk orang yang akan berkahwin, yang telah berkahwin dan berhajat untuk berkahwin~

Sunday, October 24, 2010

Janji-janjimu



sejak ku mengenalimu..
wajahmu selalu dimataku..
ku berikan sepenuh hatiku..
kepadamu..oh kekasihku..
tapi kau meninggalkan aku..

kesepian pada malam ini..
membuat ku teringat kembali..
memori indah kita bersama..
tak mudah ku melupakanya...
untuk selama-lamanya..

kau pergi tanpa kata-kata..
ku fikir hanya untuk seketika..
rupanya kau meninggalkanku untuk selamanya..

tak ingin ku melepaskanmu..
kerana kau masih dihatiku...
pulanglah wahai kekasihku...
jangan tinggal daku...

sinaran di matamu..
dan alunan merdu suaramu...
ku menantikan semua itu...
datang kembali kepadaku...
seperti dulu.....

keresahan dihatiku...
pabila memikirkan dirimu..
kembalilah kepada diriku..
sudi ku menerimamu dan bina hidup baru....

kau pergi tanpa kata kata..
ku fikir hanya untuk seketika..
rupanya kau meninggalkanku..
untuk selamanya...

tak ingin ku melepaskanmu..
kerana kau masih dihatiku..
pulanglah kekasihku..
jangan tinggalkan ku..

dimanakah setiamu?
dimanakah janjimu?..
kau berjanji sehidup semati..
mengapa kini kau mungkiri..
janji janjimu kasih...

Friday, October 22, 2010

Ayah, Adakah Manusia Tidak Masuk Neraka Jika Hari Hujan?

Pada setiap petang Jumaat, selepas solat Jumaat, selepas melayani para jamaah di Masjid, Imam dan putera lelakinya yang berumur 11 tahun akan keluar ke bandar untuk mengedarkan risalah bertajuk “Jalan Ke Syurga” dan juga menyampaikan ceramah agama.

Pada petang Jumaat itu, seperti biasa Imam dan putera lelakinya akan keluar untuk mengedarkan risalah.Bagaimanapun pada petang tersebut keadaan di luar rumah sangat sejuk dan hujan pula turun dengan sangat lebat.


Budak itu memakai baju sejuk dan baju hujan dan berkata “OK ayah, saya sudah bersedia”.
Ayahnya berkata “Bersedia untuk apa?”.
Budak itu menjawab “Ayah, masa telah tiba untuk kita keluar mengedarkan buku-buku tentang Islam ini”.
Ayahnya membalas “Anakku, di luar sana sangat sejuk dan hujan lebat pulak”.

Dengan muka yang kehairanan, budak itu bertanya ayahnya, “Tetapi ayah, adakah manusia tidak masuk neraka jika hari hujan?”
Ayahnya menjawab, “Anakku, Ayah tak akan keluar dengan cuaca begini..”.
Dengan nada sedih, budak itu bertanya, “Ayah, boleh tak benarkan saya pergi?”.

Ayahnya teragak-agak seketika, kemudian berkata, “Anakku, awak boleh pergi.
Bawalah buku ini semua dan berhati-hati” .

Kemudian, budak itu telah keluar dan meredah hujan. Budak sebelas tahun ini berjalan dari pintu ke pintu dan lorong-lorong sekitar bandar. Dia memberikan risalah dan buku kepada setiap orang yang ditemuinya.

Setelah dua jam berjalan dalam hujan, akhirnya tinggal hanya satu naskhah padanya. Ketika itu dia telah basah kuyup dan berasa sejuk hingga ke tulang. Budak itu berhenti di satu penjuru jalan sambil mencari seseorang untuk diberikan buku tersebut.

Namun keadaan di situ lengang.

Kemudian dia berpatah balik ke rumah pertama yang dia lalu di lorong itu. Dia berjalan di kaki lima menuju ke rumah tersebut. Bila sampai di pintu hadapan, dia menekan suis loceng namun tiada sesiapa yang membuka pintu. Dia tekan lagi dan lagi, tetapi masih tiada jawapan.

Dia tunggu lagi tetapi masih tiada jawapan.


Akhirnya dia berpaling untuk meninggalkan rumah tersebut, tetapi seperti ada sesuatu yang menghalangnya. Dia kembali ke pintu itu dan menekan lagi suis loceng dan buat pertama kalinya mengetuk pintu dengan kuat.

Dia tunggu, kemudian seperti sesuatu di anjung rumah itu menghalangnya supaya jangan pergi.
Dia menekan suis loceng sekali lagi dan kali ini dengan perlahan pintu dibuka. Berdiri di hadapan pintu itu seorang perempuan tua yang berwajah kesedihan.

Dengan perlahan perempuan tua itu bertanya, “Apa yang boleh saya bantu awak, wahai budak?”.Dengan senyuman serta mata yang bersinar yang boleh menyinarkan bumi, budak itu berkata,
“Makcik, saya mohon maaf kalau saya telah mengganggu makcik.
Saya hanya ingin memberitahu bahawa Allah sangat sayang dan sentiasa melindungi makcik.
Saya datang ini hendak memberikan sebuah buku yang terakhir ada pada saya ini.
Buku ini menerangkan semua tentang Tuhan, tujuan sebenar Tuhan menjadikan kita dan bagaimana untuk mencapai kebahagiaan daripada-Nya” .

Kemudian, budak itu menyerahkan buku terakhir itu dan berpaling untuk balik.

Sebelum berjalan balik, perempuan itu berkata, “Terima kasih ya anak dan semoga Tuhan memberkatimu” .

Selepas solat Jumaat pada minggu berikutnya, Imam menyampaikan ceramah agama seperti biasa. Dia menamatkan ceramahnya dengan bertanya, “ Ada sesiapa yang ingin bertanya soalan atau ingin berkata sesuatu?”.

Dengan perlahan, di barisan belakang di kalangan tempat duduk muslimat, suara seorang perempuan tua kedengaran di speaker, “Tiada di kalangan jemaah yang berkumpul ini mengenali saya. Saya tidak pernah hadir sebelum ini. Sebelum hari Jumaat yang lepas, saya belum lagi memeluk agama Islam bahkan tidak terfikir langsung untuk memeluknya. Suami saya telah meninggal dunia beberapa tahun yang lalu, meninggalkan saya sebatang kara, saya benar-benar keseorangan di dunia ini.”

Pada petang Jumaat yang lepas, ketika cuaca sejuk dan hujan lebat, saya telah bertekad untuk membunuh diri kerana sudah putus harapan untuk hidup. Jadi saya mengambil seutas tali dan sebuah kerusi lalu menaiki loteng di rumah saya. Saya ikat tali tersebut dengan kuat pada kayu palang di bumbung rumah kemudian berdiri di atas kerusi, hujung tali satu lagi saya ikat di sekeliling leher saya.


Sambil berdiri di atas kerusi, saya berasa benar-benar keseorangan, patah hati. Saya hampir-hampir hendak melompat tiba-tiba loceng pintu berbunyi di tingkat bawah dan saya tersentak.
Saya berfikir untuk menunggu sebentar, dan pasti orang itu akan pergi. Saya tunggu dan tunggu, tetapi bunyi loceng semakin kuat dan bertubi-tubi.

Kemudian orang yang menekan suis loceng itu, mengetuk pintu pula dengan kuat. Saya berfikir sendirian lagi “Siapalah di muka bumi ini yang boleh buat begini? Tiada siapa pernah tekan suis loceng itu atau nak berjumpa dengan saya”. Saya longgarkan tali ikatan di leher dan kemudian pergi ke pintu hadapan.

Ketika itu bunyi loceng kuat dan semakin kuat. Bila saya buka pintu dan lihat, sukar untuk dipercayai oleh mata saya, di anjung rumah saya itu berdiri seorang budak yang sangat comel yang bersinar wajahnya seperti malaikat, tidak pernah saya jumpa sebelum ini di dalam hidup saya.

Budak itu tersenyum.

Oh! Saya tidak dapat hendak gambarkan kepada anda semua. Perkataan yang keluar daripada mulutnya menyebabkan hati saya yang telah lama mati tiba-tiba hidup semula, seruan budak itu seperti suara bayi yang sangat comel.

“Makcik, saya datang hendak memberitahu bahawa Allah sangat menyayangi dan sentiasa melindungi makcik”. Kemudian dia memberikan kepada saya sebuah buku bertajuk “ Jalan Ke Syurga” yang saya sedang pegang ini.
Bila “malaikat kecil” itu telah pulang meredah sejuk dan hujan, saya menutup pintu dan membaca dengan perlahan setiap perkataan yang tertulis di dalam buku tersebut. Kemudian saya naik semula ke loteng untuk mendapatkan semula tali dan kerusi. Saya tak perlukannya lagi.

Oleh sebab di belakang buku ini ada tertera alamat tempat ini, saya sendiri datang ke masjid ini ingin mengucapkan syukur kepada Tuhan. Tuhan kepada budak kecil yang telah datang tepat pada waktunya, yang dengan demikian telah terhindar jiwa saya daripada keabadian di dalam neraka.

Ramai yang berada di dalam masjid ketika itu menitiskan air mata. Mereka melaungkan TAKBIR…ALLAH HU AKBAR…gemaan takbir bergema di udara. Imam iaitu ayah kepada budak itu turun dari mimbar pergi ke barisan hadapan di mana “malaikat kecil” itu sedang duduk.


Dia mendakap puteranya dengan air mata keluar tanpa disedarinya.

Mungkin tidak ada jemaah yang memiliki saat yang lebih mulia ini dan mungkin di alam semesta ini belum pernah melihat seorang ayah yang penuh kasih sayang dan penghormatan terhadap anaknya.

Inilah satu peristiwa..



source: www.haticlassic.blogspot.com

Wednesday, October 20, 2010

Friends....



A good friend is someone we can count on, as well as being so much more. A friend is someone with whom we can relax and just hang out, have fun and share our innermost thoughts, deep dark secrets, lofty and noble goals, or our hopes, joys, and fears.















A good friend allows you a safe space to share your deepest thoughts and needs without worry of being judged, criticized or made to feel silly for feeling the way you do. Friends cheer each other on, laugh and cry together, and just plain commiserate and listen to each other.

That's why friends are friends....

Friendship is the hardest thing in the world to explain. It's not something you learn in school. But if you haven't learned the meaning of friendship, you really haven't learned anything.








~ My friends: Daud, Kak Yati, Iza, Aisyah & Wan~

Tuesday, October 19, 2010

Sunday, October 17, 2010

Dulu dan Sekarang


- Dulu suka buat bising dalam rumah, sekarang lagi suka buat bising nak2 kalau Nurhan kacau sampai mama pun malas nak masuk campur dah... hehe

- Dulu hobi suka makan, sekarang tengok makanan pun dah tak lalu... makan pun sebab nak alas perut dan kena paksa ja...

- Dulu kalau orang kacau, terus bagi penampar... sekarang orang kacau, buat tak tahu ja sebab tahap kesabaran yang tinggi kut...

- Dulu sebelum betul2 kenal my classmates, Nisa pendiam, sekarang bila dah betul2 kenal, korang pun tak larat dengar Nisa bercakap kan??.... hihihi

- Dulu tak active pun post kat blog, sekarang rajin pulak mengisi masa terbuang... memang membuang masa betul la... haish....


- Dulu pandai makan kek ja, sekarang dah pandai buat kek... bukan memuji diri sendiri, tapi memang suka bab2 buat kek ni... I like...

1 benda ja yang dulu dan sekarang tetap sama...

- Dulu Annisa, sekarang tetap Annisa yang sama (^_^)

Jika Aku Rindu....

Strategic Management Symposium

Theme: Generating Professional, Strategizing For The Challenges
Date: 16/ 10/ 10 (Saturday)
Venue: Ilmu Lecture Hall ( UNITEN, Muadzam Shah Campus)
Speaker:
  • Prof. Madya Dr. Baihisham Yunus ( Director, Strategic & Corporate Planning of UNITEN)
Topic: Students' role in UNITEN's Strategic Direction
  • Tuan Syed Ahmad Khirulanwar Al Yahya Bin Syed Abdul Rahman ( Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Unit Pengurusan Sumber Manusia~ Integriti )





Saturday, October 16, 2010

Pekerja Kita



Baru perasan subtitle banyak salah... Aisehhh...



CD yang tak akan pernah ada di pasaran... Limited edition katakan...hehe

Wednesday, October 13, 2010

Amin.....

Alhamdulillah...selesai sudah video presentation for subject Occupational Safety and Health....
Nanti la ada masa Nisa upload video tu kat sini...
Sekarang tak boleh nak upload lagi sebab line internet yang agak ketara lembabnya...
To all my friends, thanks for your cooperation...
Sem depan dah takda dah nak buat2 video ni...
Korang semua dah habis...
I will miss all of you (Kak Yati yang comel, Iza yang selalu dibuli, Aisyah aka Ecah, Wan manager and Daud aka Fahrin tak senam) and good luck for our final exam...

Monday, October 11, 2010

Thursday, October 7, 2010

Tulang Rusuk

WANITA : Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?

LELAKI : Kamu!!!

WANITA : Menurut kamu, saya ini siapa?

LELAKI : (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti).
Kamu, tulang rusukku!

Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena
tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI
mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya,
tidak lagi merasakan sakit di hatinya...

Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk
sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan
masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi
membosankan.

Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan
cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai
menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuah
pertengkaran WANITA lari keluar rumah.

Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak "Kamu tidak cintakan saya
lagi!!!". LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan
juga berteriak "Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang
rusukku!!!"

Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat. LELAKI
menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah
tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air mata,
WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk
berpisah.

"Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi. Biarkan kita
berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing".

Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha
mencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negeri tetapi
sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai.
LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya.

Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di
hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan
WANITA.

Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana
banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh
sebuah dinding pembatas.

LELAKI : Apa khabar?

WANITA : Baik... kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?

LELAKI : Belum.

WANITA : Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya
akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu
tahu nombor telepon saya kan?Tidak ada yang berubah.

WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz "Selamat tinggal..."

Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah
seorang korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya
dan kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu
adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya
dia patahkan.......


Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita
cintai. Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang
di kemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua
sudah terlambat....

Kerana itu, jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh
hati... Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata kata
yang kamu ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai? Kira merasakan akan
menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar
risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.

Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan
akibat yang akan diterima?

~Aku Mencintaimu Kerana Agamamu
Jika Hilang Agamamu
Hilanglah Cintaku Padamu~

Wednesday, October 6, 2010

Always Be There



Alllahu Akbar…

If you ask me about love
And what i know about it
My answer would be
It’s everything about Allah
The pure love, to our souls
The creator of you and me,the heaven and whole universe
The one that made us whole and free
The guardian of HIS true believers
So when the time is hard
There’s no way to turn
As HE promise HE will always be there
To bless us with HIS love and HIS mercy
Coz, as HE promise HE will always be there
HE’s always watching us, guiding us

So when the time is hard
There’s no way to turn
As HE promise HE will always be there
To bless us with HIS love and HIS mercy
Coz, as HE promise HE will always be there
HE’s always watching us, guiding us
And HE knows what’s in all in our heart

So when you lose your way
To Allah you should turn
As HE promise HE will always be there…

HE bring ourselves from the darkness into the light
Subhanallah praise belongs to YOU for everything
Shouldn’t never feel afraid of anything
As long as we follow HIS guidance all the way
Through the short time we have in this life
Soon it all’ll be over
And we’ll be in His heaven and we’ll all be fine

So when the time gets hard
There’s no way to turn
As HE promise He will always be there
To bless us with HIS love and HIS mercy
Coz, as HE promise HE will always be there
HE’s always watching us, guiding us
And HE knows what’s in all in our heart

So when you lose your way
To Allah you should turn
As HE promise HE will always be there…

Allahu Akbar…

So when the time gets hard
There’s no way to turn
As HE promise He will always be there
To bless us with HIS love and HIS mercy
Coz, as HE promise HE will always be there
HE’s always watching us, guiding us
And he knows what’s in all in our heart

So when you lose your way
To Allah you should turn
As HE promise HE will always be there…

Allahu Akbar…

Monday, October 4, 2010

Pening...

Awat hari ni pening sangat?? mungkin sebab kena panas kut... mungkin la kut....

Alhamdulillah, video dah siap sepenuhnya.... Thanks to orang yang recommend software yang sesuai digunakan untuk beginner macam Nisa... walaupun kadang2 terasa hati jugak...

Thanks... really appreciate it....

Sekarang tengah perbetulkan sikit report untuk subject Applied HR Research.... Haish.. Malam ni ada perjumpaan untuk Strategic Management punya Symposium....

Wednesday, September 29, 2010

Lepas tangan....

Buat kerja lepas tangan... APAKAH???
Sedih tau macam ni......

Tuesday, September 28, 2010

Tired

Hari ni Nisa kepenatan... Mana tak nya, penangan tak tidur semalaman sebab siapkan report.... Alhamdullilah, siap jugak report tu..... Disebabkan tak tidur, mengantuk kut time dlm kelas... siap terlelap nih dalam kelas..... Mengantuk tahap gaban kut sampai Nisa sendiri pun tak faham apa yang Nisa tulis time lecturer mengajar kat depan.... Balik rumah, tergelak sendiri bila tengok balik notes tu... Memang tak faham langsung.... (^_^) Ni pun penat lagi.... baru lepas meeting untuk Strategic Management punya Symposium.... Tak sabar nak habiskan sem ni and jumpa sem depan coz sem depan last sem....

~ kesimpulan- jangan buat kerja last minute~

Thursday, September 23, 2010

Secubit Rasa......

Tak tau apa yang Nisa rasa hari ni..... Rasa sedih tapi bukan rasa nak nangis.... Rasa geram tapi bukan rasa nak marah.... Rasa gembira tapi bukan rasa nak ketawa.... Seribu satu rasa yang wujud dalam diri ini.... Tapi rasa sedih yang pasti.... Kenapa???


Semua rasa dipendam dalam diri.... Tiada siapa yang tahu... Hanya ALLAH S.W.T yang mengetahuinya... Kepada-MU hamba berserah... Ya ALLAH, permudahkan segala urusan hamba-MU... Air mataku terasa hendak menitis tetapi malu jika orang melihatnya.... Apalah yang wujud dalam hati ini sehingga merasakan hendak pergi sejauh mungkin.... Ya ALLAH, jika hamba-MU alpa dan lalai dalam urusannya, suluhla dia... Pada-MU hamba memohon dan meminta....

Sunday, September 19, 2010

Owh......

Baru sampai UNITEN Muadzam, Pahang... Rasa macam baru kejap ja cuti ni..... Penat semalam pun belum hilang lagi.... Sepanjang perjalanan Nisa tidur ja dalam kereta.... Sampai hostel, rupa2nya Nisa orang first yang sampai rumah (hostel dipanggil rumah sebab memang ala2 rumah...ada ruang tamu, dapur, 2 bilik tidur and 2 toilet... dihuni oleh 4 orang)... alamatnya malam ni tidur sorang2 la....

****
Semalam my parents buat open house.... Ramai jugak tetamu yang datang.... Nisa bergilir-gilir basuh pinggan dengan adik.... Penatnya.... Banyak jugak hidangan yang disediakan sendiri oleh mama & abah Nisa... Ada mi kari, laksa, nasi beryani, rojak,bubur & agar-agar (yang ni Nisa yang buat).... hehe... Nisa buat yang senang ja...




~Hidangan yg disediakan~


~sebahagian dari kami~


~Bergambar dengan kawan2 adik, Nurhan~


~baru perasan budak ni belakon cerita Bong 2~


~Dengan anak jiran yg sangat comel mukanya, Hanani~


~permata yang sangat indah~ so sweet

Tuesday, September 14, 2010

Nasi koboi

Mama, abah and adik2 Nisa sekarang on the way balik Ampang dari Kedah... Didoakan mereka semua tiba dengan selamatnya.... Amin..

Hari ni Nisa just masak nasi koboi... Mesti tertanya2 apa nasi koboi tu kan... Hahaha... Nasi koboi tu nasi putih dengan sardin... tu la namanya nasi koboi sebab mudah dan cepat... Ada orang yang bagikan nama masakan tu... Best gak makan nasi koboi ni sekali-sekala... hehe

Report tak buat2 lagi.... Bukan malas tapi mood nak buat tu tak datang2 lagi... Haish... Apa nak jadi la... Ishk3..... Esok kena kuatkan semangat buat report ni... Kalau tak, sampai kesudah tak buat... Aisehhhh....

Monday, September 13, 2010

Salam Lebaran....

Assalamualaikum....
Beberapa hari tak post kat blog ni kan....
Bukan sebab sibuk sangat pun, tapi line takda kat kampung...
Ni pun baru sampai rumah kat Ampang... after solat Maghrib, Nisa terus mencapai labtop... hehe

Owh... Raya kat kampung macam biasa la... Nisa sampai malam raya... Jadi tak buat apa2 kerja la...
Walaupun ramai sepupu, Nisa tak pi la beraya di semua rumah... Ini disebabkan faktor masa... Raya pertama Nisa pi beraya kat 3 buah rumah ja... Jiran tokwan, kakak and abang mama ( Pokok Sena and Kuala Nerang).......

Raya kedua tak pi mana2 pun... Ni sebab ramai saudara mara yang mengunjungi rumah tokwan... Yang Nisa kenal Wa aja... Wa ni kakak tokwan... Yang lain tu sepupu abah, tu yang tak kenal sangat... tapi ada la yang Nisa kenal...

Raya ketiga, Nisa ikut rombongan meminang abang sepupu ke Bukit Mertajam.... Agak jauh perjalanan ke sana dari Tunjang... huhu... Ni disebabkan my sepupu tak tau jalan ke rumah tunang dia... Ha!!! mentang2 la dia bertunang, dia tanya Nisa pulak... Jawapannya "tahun depan, jemputla datang"... hehe... Pembaca2 jangan percaya tau... Ni gurauan senda antara sepupu ja... haha... Petang tu terus bertolak ke SP (Sg. Petani)... Pergi beraya rumah makcik yang ajar Nisa mengaji masa kecik2 dulu..... Dah berapa tahun tak jumpa, tapi makcik tu masih ingat lagi nama kitorang.... Pastu beraya kat rumah makcik pulak..........

~Ni Nisa dengan adik, Nurhan... Adik tinggi dari kakak kan.... haha~

Wednesday, September 8, 2010

Kek Span....

Hari ni Nisa buat kek span.... first buat ok, tapi tak tau pulak adunan die tu untuk size kek yang kecil.... Frust kejap.... Mana taknya, bahan2 cam membazir ja coz Nisa guna adunan tu tuk buat kek yang bersaiz sederhana.....

Tanpa fikir banyak, Nisa buat adunan baru dengan menggunakan kuantiti bahan yang wujud dalam kepala ni secara tiba2... Alhamdulillah, jadi jugak kek nya....






Tuesday, September 7, 2010

Saya nak cari suami yang.....

Yang selalu kita dengar, "Saya nak cari isteri yang pandai masak.."

Yang selalu kita lihat, Bakal isteri cari buku resepi nak belajar masak untuk bakal suami..

Yang kita harap dapat lihat, Bakal suami buka kitab agama nak tambah ilmu sebelum beristeri..

Yang selalu terjadi, bakal isteri rasa malu sgt kalau nasi pun tak tau nak masak

Yang kita harap terjadi, bakal suami pun rasa segan yang amat kalau Al-Fatihah pun masih merangkak2

Jika lelaki meletakkan syarat utk bakal isterinya..

Keterlaluankah jika wanita juga meletakkan syarat utk bakal suaminya??

Kepada lelaki sekalian yang sangat terhormat

Janganlah marah mahupun 'hangat'

Tulisan ini tak sedikit pun berniat jahat

Sekadar insan lemah nak sama2 membri ingat

Untuk diri sendiri dan saudara2 yang dekat

Kepada wanita pula, jangan seronok sangat

Kita pun ada tanggungjawab yg x kurang berat

Harus disemat, kena selalu ingat

Besar amanah yang kita dapat

Allah tanya pulak nanti di hari akhirat

Indah betul dunia ni

Kalau lelaki dan perempuan sama2 membaiki diri

Kalau bakal2 suami & bakal2 isteri pakat2 bersihkan hati

Kalau suami2 dan isteri2 dapat ikut segala perintah ilahi

Ganjaran besar Allah janji

Tak kira perempuan mahupun lelaki

Yang hari ke hari cuba baiki diri

Jadi muslim yang benar2 sejati

Masa tu, tak payah la lelaki letak syarat lagi

Sebab bakal isteri memang dah cantik segala segi

Wanita pun tak susah hati

Bakal suami memang menepati ciri

Aduhai bahagia hidup ni

Bila syariat Allah pakat2 dipatuhi

Hidup dunia seronok sekali

Seronok di akhirat berganda2 lagi

Aidilfitri yang bakal menjelma.....

Sunday, September 5, 2010

Dia milikku




Free MP3 Downloads at MP3-Codes.com



semula ku tak tahu
engkau juga kan ingin memilikinya
bukankah ku lebih dulu
bila engkau temanku
sebaiknya tak mengganggu

reff:
dia untukku, bukan untukmu
dia milikku, bukan milikmu
pergilah kamu, jangan kau ganggu
biarkan aku mendekatinya

kamu tak akan mungkin mendapatkannya
karena dia berikan aku pertanda juga
janganlah kamu banyak bermimpi, oooh

dia untuk aku

bukankah belum pasti
kamu juga kan jadi dengan dirinya
dia yang menentukan
apa yang ’kan terjadi
tak usah mengaturku

reff2:
dia untukku, bukan untukmu
dia milikku, bukan milikmu
lihatlah nanti, lihatlah saja
biarkan aku mendekatinya

kamu tak akan mungkin mendapatkannya
karena dia berikan aku pertanda juga
janganlah kamu banyak bermimpi, oooh

kusarankan engkau mundur saja, ooo

repeat reff
repeat reff2

dia untuk aku
bukan, dia untuk aku

Tak sihat....

Time-time gini la nak selsema.... Paling tak suka kalau selsema... Tapi bersyukur masih berpijak di bumi ALLAH S.W.T, Alhamdulillah...........

Mengikut pembacaan, selsema ni adalah disebabkan oleh jangkitan pernafasan yang memberi kesan terhadap salur hidung dan kerongkong yang disebabkan oleh virus....

Bila selsema ni, hidung jadi berair and bila sejuk, rasa tersumbat pulak jadi susah nak bernafas... Tekak pun rasa kering, pedih ja... Walaupun selsema, harus kuat..... Owh ya, jap lagi nak pi area Masjid Jamek... Nak shopping jap... Kat sana ada banyak pilihan untuk tudung... Jadi nak merayap dengan family nak cari tudung kat sana... Ha!! Baju kurung Nisa tahun ni warna hijau.... Bukan tahun ni ja, tiap-tiap tahun kut warna hijau coz hijau is my favorite color...... Tak kisah la hijau ape, asalkan ada warna hijau....keke.....

My mom ada belikan jubah jugak untuk Nisa... Cantik sangat... hehe... Thanks mama... really appreciate it.... Semalam dah siapkan du jenis biskut... Proses Nisa menggulung popiah (betul ke ejaan ni??) tak siap lagi... Mana tak nya, asal gulung sikit, rehatnya berjam-jam...haha....

***
Balik kampung..... Ha!! ni lagi satu.... Mama, abah and adik-adik Nisa akan balik dulu kampung kat Jitra, Kedah awal sehari kut kalau tak silap... Nisa, abang Nisa and dua orang adik Nisa lagi akan pulang sehari sebelum raya... Kitorang lambat sikit coz balik ikut maksu kitorang...

Hurm... cukup sampai sini dulu.... Nanti, kalau ada benda yang nak ditulis, Nisa post lagi ek...

Auf wiedersehen and Assalamualaikum.........

~ Mood raya belum datang lagi~


Saturday, September 4, 2010

Me......


Hari ni takda cerita........ Just nak cerita tentang myself... Ok...
Nama sebenar: Annisa Mohd Khalid
Nama panggilan: Nisa (nama yang selalu orang panggil)
Isya ( nama ni Abah Nisa ja yang panggil)
Anis ( ni nama yang diberi oleh my housemate time Diploma dulu)
Banyak jugak nama panggilan walaupun nama sebenar pendek je... hehe... Nama Nisa diambil dari surah An-Nisa... Owh ya, Nisa merupakan anak ke-2 dari 7 orang adik- beradik. Nisa ada seorang abang and 5 orang adik....

Nisa dilahirkan beberapa tahun yang lalu pada bulan 8... kekeke... Nisa bangga dilahirkan dalam keluarga ni.. Alhamdulillah... Luv my family so much.... (^_^)

Nisa mula masuk tadika time umur 5 tahun.. tu pun kat tadika Cina (Tadika Seri) kat area Sungai Petani... Dua tahun kemudian, Nisa bersekolah di Sek. Keb. Bedong, Kedah... Kat situ Nisa sempat masuk darjah 1 kejap ja... Pastu pindah pi Sek. Keb Taman Klang Utama, Klang... Kat sini Nisa sampai darjah 5... Afterthat, My family pindah Kedah balik and Nisa sekolah di Sek. Keb Sungai Korok Lama.... Yang ni pun kejap jugak la coz lepas tu pindah pi Pahang and Nisa sekolah kat Sek. Keb Tuanku Fatimah, Bentong...

Sekolah menengah pula bermula di Pahang jugak... Nisa didaftarkan di SMK Ketari and time Form 5 kitorang pindah gi Sabah and Nisa bersekolah di SMK SANZAC.... Fuhhhh!!! Banyaknya sekolah.... Tapi sekolah yang banyak tinggal kenangan time Nisa kat SMK Ketari.... Sebab, selalu kena buli... Tayar basikal dipancitkan la and macam-macam lagi sehinggakan ada student yang selalu buli Nisa tu kena buang sekolah...

Habis Form 5, Nisa sambung Diploma di International Islamic College.. Mula2 dapat tawaran Science Computer, tapi atas nasihat beberapa pihak, Nisa tukar ke Business Administration... 3 tahun selepas tu, Nisa sambung degree in Human Resource Management kat UNITEN sampai sekarang... InsyaALLAH, tahun depan habis...

Thursday, September 2, 2010

Aduh

Sakit leher tak baik lagi, datang pulak sakit kepala...
Aduh......
Berkerut-kerut dahiku ini menahan sakit...
Sakit leher bukan sebab salah tidur tapi kena hempap dengan pintu almari... Sakit kut...
Berdenyut-denyut ja rasanya... tapi tahan ja walaupun rasa dah tak tertahan...
Macam-macam sakit yang dapat bila balik rumah...
Bukan sebab apa... nakal sangat kut... padan dengan diri sendiri...huhuhu...
Kaki bengkak sebab tersadung kat kerusi.... Nisa Nisa..... Awat la nakal sangat????

***
Owh ya... tadi on the way nak pi pasaraya, ada sekumpulan budak sekolah (lelaki) tak puasa....
Astaghfirullahalazim... Tak malu kah??? Memang tak malu pun, siap dengan bangganya menunjukkan kotak air yang diorang minum.... Hari tu pun ada 2 orang (lelaki jugak) tak puasa, siap minum and makan dalam kereta tanpa rasa segan dan malu... Ishk3

Wednesday, September 1, 2010

Sebel!!!!

huhuhu.... (T_T)
Video untuk project assignment- OSH asyik hang ja.... geram la macam ni....
Asal nak cut certain part, hang.... bila la nak siap kalau macam ni gayanya....
Banyak lagi keja yang nak dibuat.. bukan video ni ja... nanti nak masukkan subtitle lagi, amik masa jugak tu....
Baru tau susahnya nak buat video ni.... waaaaaaaaaa~~~~
Nasib baik tahap kesabaran tinggi...

~ Ya ALLAH, bantulah dan permudahkan urusan hamba-MU ini~

Tuesday, August 31, 2010

Monday, August 30, 2010

10 tanda dia jodoh kita

Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Muhammad: 7)

Gunakan seluruh pancaindera

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1.Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2.Senang bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima kita seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4.Sentiasa jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5.Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6.Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7.Memahami diri kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8.Tampilkan kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9.Kata hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10.Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

"Takdir mempunyai beberapa bahagian, pertama ialah takdir di dalam ilmu Allah yang azali. Ia bermaksud Allah telah mengetahui segala-galanya sebelum ia benar-benar berlaku. Takdir di dalam bentuk ini tidak boleh dan tidak mungkin berubah secara mutlak. Jika ia berubah ia mencacat kesempurnaan Allah dan hal ini adalah mustahil di sisi Allah. Berhubung dengan ini Allah berfirman: “Keputusan di sisiKu tidak akan berubah dan Aku sekali-kali tidak menzalimi hamba-hambaKu.” (Surah Qaaf :29)