Pages

Monday, September 19, 2011

Happy Birthday!!

Happy birthday to you
Happy birthday to you
Happy birthday to S* ***Z
Happy Birthday to you.....


Selamat Hari Lahir, semoga diberkati ALLAH dalam apa yang awak lakukan...

Thursday, August 11, 2011

Birthday

Happy Birthday to me... I'm already 23rd...
Alhamdulillah... semoga dipanjang umur dan mampu menempuh segala rintangan dalam usia yang baru ini....

Pada tarikh hari ini 23 tahun yang lalu, seorang bayi perempuan telah dilahirkan pada 9.25 malam seberat 3.15kg di Hosp. Besar Alor Setar.... Rasa bertuah dilahirkan dalam keluarga ini...

Ya ALLAH, berkatilah hambaMU dalam apa jua dugaan dan rintangan agar hambaMU dapat menempuhnya.. Amin





Friday, August 5, 2011

Sayang

~Icha dan Faris~

kalau siapa yg add Nisa di fb, mungkin tau siapa baby comel di atas ni.... Bagi Nisa baby ni sangat comel, pandai dan cepat belajar... Sayang dia sangat....

Bila dia tak ada kat sini, rasa rindu sangat... Rindu dia time main bola, rindu dia time lapar... Bila dia lapar dan ada orang memasak kat dapur, merangkaklah dia ke dapur... Kalau Nisa tgh masak bubur untuk dia, merangkak la dia untuk minta didukung.... manis sangat dia...

Nisa geram kat dia bila time nak mandi... suka main air budak kecik ni (^_^).... kalau mandikan dia, tak sah kalau tak basah sekali.... Rindunya kat dia....

Kena tahan sebulan ni tak jumpa dia.... sebab dalam bulan puasa, orang lain yang jaga dia.... Sabar je la...


Thursday, August 4, 2011

Bunga Bunga Cinta

tak pernah terlintas dibenakku, saat pertama kita bertemu.....

Sunday, July 31, 2011

Ramadhan


Assalamualaikum...

Sedar tak sedar, esok akan tiba...
1 Ramadhan (1 Ogos 2011), umat Islam akan berpuasa selama sebulan...
Berpuasa lah kita....

~sempatkah bertemu Ramadhan akan datang~

Tuesday, June 14, 2011

Mungkinkah?

Mungkinkah aku akan begini?
Bukan menjadi kartun, tapi realiti?
Sempatkah aku?
ALLAH lebih mengetahui...

Jikalau sempat,
......................................... (biar ini menjadi rahsia ku sendiri)

Sunday, May 8, 2011

COP

Assalamualaikum....

Gambar2 ni diambil time C.O.P (Company Orientation Program)
Nisa dibawa round semua department kat hospital ni... best... masuk semua ward...
Tak dapat jadi doktor, dapat round hospital pun ok la kan... :)

Time Nisa masuk bahagian Haemodialysis, terkedu sebentar tengok pesakit2 kat situ... itu la 1st time Nisa tengok mesin cuci darah.... Semua tempat Nisa gi lawat spai kat ICU...... Tapi cek tak ambil gambar kat ward2 tu....

Ha!!! sampai kat maternity ward, ada 1 bilik utk bersalin ni, ada 1 kerusi ni namanya, birth wheel.... ni tempat bersalin ala2 buaian.... kalau sapa2 rasa nak bersalin guna birthwheel ni, silakan....


On the way gi ward mana ni ek?? Nisa tak ingat... hehe

ni la birthwheel... tak dpt snap full punya... nak tgk, search kat uncle google ek... hehe

ni time buat cpr utk baby...

cpr for adult


Ok la.... bye2

Friday, April 15, 2011

No comment

Assalamualaikum....

Hai... hari ni baru dapat menaip sedikit dlm blog ni... sebenarnye takde pape yg nak diceritakan...
Hurm.. Nak cerita pasal ape ek??? Takpe la..cerita ja pape kan??

sebenarnye kite rindu kat sorang baby tu.. he is so cute and manja2 gitu... sekarang kite practical, so takde masa kite nak jumpa dia... Kite just bleh tatap gambar2 dia yg kite snap je... sekurang-kurangnye terubat juga la rindu kite tu....

Owh ye... kite rupa2nya kene keje hari Sabtu... kite tak suka!! tapi sebab dah jd tanggungjawab kite, kite jalankan je lah...

Ops!! kenape kite 'berkite-kite' ni?? bukan gedik, tp kite nak hibur-hiburkan hati kite...

Ok la... kalau ade pape lg, nnt kite story2 lg ye...

Ciao...

Tuesday, March 22, 2011

Mencintaimu- Krisdayanti


mencintaimu… seumur hidupku

selamanya… setia menanti

walau dihati saja… seluruh hidupku

selamanya… kau tetap milikku


reff:

hanya satu yang tak mungkin kembali

hanya satu yang tak pernah terjadi

segalanya teramat berarti dihatiku

selamanya.................


mencintaimu…

seumur hidupku

selamanya… kau tetap milikku

Saturday, March 19, 2011

The Donkey

One day a farmer's donkey fell down into a well. The animal cried piteously for hours as the farmer tried to figure out what to do. Finally, he decided the animal was old, and the well needed to be covered up anyway; it just wasn't worth it to retrieve the donkey.


He invited all his neighbours to come over and help him. They all grabbed a shovel and began to shovel dirt into the well. At first, the donkey realized what was happening and horibbly. Then, to everyone's amazement he quited down.


A few shovel loads later, the farmer finally looked down the well. He was antonished at what he saw. with each shovel of dirt that hit his back, the donkey was doing something amazing. He would shake it off and take a step up.



As the farmer's neighbours continued to shovel dirt on top of the animal, he would shake it off and take a step up. Pretty soon, everyone was amazed as the donkey stepped up over the edge of the well and happily trotted off.


Moral:

Life is going to shovel dirt on you, all kinds of dirt. The trick to getting out of the well is to shake it off and take a step up.

Each of our troubles is a steppingstone.

We can get out of the deepest wells just by not stopping, never giving up!


Shake it off and take a step up.

Wednesday, March 16, 2011

Final Exam Sem II 2010/2011

1st paper: 21st March 2011
2nd paper: 23rd March 2011
3rd paper: 25th March 2011
4th paper: 26th March 2011
5th paper: 30th March 2011
Last paper: 1st April 2011

Semoga dipermudahkan oleh-NYA... Amin

Tuesday, March 1, 2011

Pengalaman

Hurm.... Hari ni, Nisa nak cerita pengalaman Nisa dari kecil hingga sekarang... Pengalaman yang terpilih je la... Kalau tak, jenuh kut nak cerita semua pengalaman... Tapi takda la pengalaman masa baby2 ni, sebab "mana cek ingat"..... hehe

Pengalaman Pertama
Kejadian ni kalau tak silap Nisa umur Nisa 5 or 6 tahun la... tak ingat, yang Nisa ingat Nisa tadika time ni... ye la, Nisa start Tadika umur 5 tahun.... Petang2 suka main basikal... Time kecik nakal sikit...sampai sekarang kut nakal...hehe... Nisa suka main basikal and pusing2 kat pokok mangga depan umah jiran Nisa... Pokok mangga tu betul2 tepi longkang... haha.. nak dijadikan cerita, pusing punya pusing, jeng!! jeng!!!.... Nisa terhumban dalam longkang tu... cek tersangkut kat paip dalam longkang besar tu.... mungkin sebab tak menangis dan menjerit kut, sorang pun tak tau... Tak silap Nisa, ada sorang pakcik ni dia baru balik dari main sepak takraw ternampak Nisa tersangkut kat dalam parit tu, dia la yang dukung cek balik... hahaha... Muka cek masih ada parut lagi kesan jatuh longkang tu tapi sekarang tak boleh beza dah parut jatuh longkang dgn parut jerawat... hahaha..

Pengalaman Kedua

Owh ya!!! Time ni Nisa darjah 3... kan time dulu2, darjah 3 ada ujian Penilaian Tahap Satu (PTS).... Masa tu tahun berapa ya Nisa ambil?? hurm..kira sendiri la.. (mood~ malas nak kira).... Alhamdulillah, rupanya Nisa insan terpilih... Dapat lompat kelas... tak tau apa ni, masuk ja la darjah 5... hehe.. satu kelas dengan abang sendiri.... Masa dapat tau lompat kelas, cikgu Nisa bawa Nisa gi makan2 and shopping... I love U cikgu.. Lepas pindah dari Klang, baru sekarang berhubung dengan cikgu tu balik... Dia cari Nisa kat Facebook... Jasamu dikenang FB... Terima Kasih Puan Hanim sebab masih ingat saya... owh ya, dia pesan, kalau balik Kedah, jumpa la dia kat Sungai Petani sebab dia dah mengajar kat sekolah kat situ... InsyaALLAH cikgu....


Pengalaman Ketiga

Time sekolah menengah, Nisa dan abang selalu kena buli... Haish, memang cari penyakit betul budak2 yang membuli ni!!! Geram betul dengan korang!!! Tapi pandai pula korang cari Nisa kat FB kan!!! Takpe, diorang tak dapat baca post ni....
Masa Form 3, Nisa sekelas dengan pembuli2 ni.... Pandai2 diorang selongkar beg sekolah Nisa time Nisa takda dalam kelas... Apa lagi, angin la Nisa... Bila Nisa marah, pandai pula dia tampar pipi Nisa... Walaupun tahap kesabaran tinggi, melayang juga tangan Nisa kat pipi budak tu... Owh!! dia ingat dia sorang boleh tampar orang... Masuk budak tu, Nisa rasa 3 orang dah budak yang kena penampar dengan Nisa kat sekolah tu... Don't sangka clear water, no buaya.... Huh!! Nak dijadikan cerita, kes tu belaku hari Jumaat dan seperti biasa, abah yang ambil time balik sekolah.... Hah!!! apa jadi lepas tu!!! Siap la dia dengan Abah... Jeng!! Jeng!! Hari Isnin, start la diorang kena gantung sekolah... Bila gi sekolah dengan basikal, selalu kut diorang pancitkan tayar basikal....

Pengalaman seterusnya~~~ nanti2 la, kalau rajin, Nisa post lagi...

Tuesday, February 15, 2011

Cinta dan Kasihnya RASULULLAH


Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. ‘Bolehkah saya masuk? tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, ‘Maafkanlah, ayahku sedang demam’, kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.

Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, ‘Siapakah itu wahai anakku?’
‘Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,’ tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan.

Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.

‘Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia.
Dialah malaikatul maut’, kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.

Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

‘Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?’, tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.
‘Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu.
‘Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu,’
kata Jibril.
Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. ‘Engkau tidak senang mendengar khabar ini?’, tanya Jibril lagi.
‘Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?’
‘Jangan khawatir, wahai Rasul ! Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: ‘Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat
Muhammad telah berada di dalamnya,’
kata Jibril.
Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik.

Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang.Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.’
Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.

‘Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?’
Tanya Rasulullah pada Malaikat penghantar wahyu itu.
‘Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,’ kata Jibril.
Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak tertahankan lagi.

‘Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.’
Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi.
Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, ! Ali segera mendekatkan telinganya. ‘Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku’
‘peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.’

Diluar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan.
Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

‘Ummatii,ummatii,ummatiii?’ – ‘Umatku, umatku, umatku’
Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.


Kini, mampukah kita mencintai sepertinya?
Allahumma sholli ‘ala Muhammad wa baarik wa salim ‘alaihi

Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.

p/s: Selamat menyambut Maulidur Rasul. Basahkan bibir dengan selawat untuk selamanya.

Sumber dipetik

Saturday, February 12, 2011

Kisah Sebatang Pokok Epal

Suatu masa dahulu, terdapat sebatang pokok epal yang amat besar. Seorang kanak-kanak lelaki begitu gemar bermain-main di sekitar pokok epal ini setiap hari. Dia memanjat pokok tersebut, memetik serta memakan epal sepuas-puas hatinya, dan adakalanya dia berehat lalu terlelap di perdu pokok epal tersebut. Budak lelaki tersebut begitu menyayangi tempat permainannya. Pokok epal itu juga menyukai budak tersebut.

Masa berlalu... budak lelaki itu sudah besar dan menjadi seorang remaja. Dia tidak lagi menghabiskan masanya setiap hari bermain di sekitar pokok epal tersebut.


Namun begitu, suatu hari dia datang kepada pokok epal tersebut dengan wajah yang sedih.
"Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu.
"Aku bukan lagi kanak-kanak, aku tidak lagi gemar bermain dengan engkau," jawab budak remaja itu.

"Aku mahukan permainan. Aku perlukan wang untuk membelinya," tambah budak remaja itu dengan nada yang sedih.
Lalu pokok epal itu berkata, "Kalau begitu, petiklah epal-epal yang ada padaku. Jualkannya untuk mendapatkan wang. Dengan itu, kau dapat membeli permainan yang kau inginkan."

Budak remaja itu dengan gembiranya memetik semua epal di pokok itu dan pergi dari situ. Dia tidak kembali lagi selepas itu. Pokok epal itu merasa sedih.

Masa berlalu... suatu hari, budak remaja itu kembali. Dia semakin dewasa. Pokok epal itu merasa gembira.
"Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu.
"
Aku tiada masa untuk bermain. Aku terpaksa bekerja untuk mendapatkan wang. Aku ingin membina rumah sebagai tempat perlindungan untuk keluargaku. Bolehkah kau menolongku?" tanya budak itu.
"Maafkan aku. Aku tidak mempunyai rumah. Tetapi kau boleh memotong dahan-dahanku yang besar ini dan kau buatlah rumah daripadanya," pokok epal itu memberikan cadangan. Lalu, budak yang semakin dewasa itu memotong kesemua dahan pokok epal itu dan pergi dengan gembiranya. Pokok epal itu pun tumpang gembira tetapi kemudiannya merasa sedih kerana budak itu tidak kembali lagi selepas itu.

Suatu hari yang panas, seorang lelaki datang menemui pokok epal itu. Dia sebenarnya adalah budak lelaki yang pernah bermain-main dengan pokok epal itu. Dia telah matang dan dewasa.
"Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu.
"Maafkan aku, tetapi aku bukan lagi budak lelaki yang suka bermain-main di sekitarmu. Aku sudah dewasa. Aku mempunyai cita-cita untuk belayar. Malangnya, aku tidak mempunyai bot. Bolehkah kau menolongku?" tanya lelaki itu.
"Aku tidak mempunyai bot untuk diberikan kepada kau. Tetapi kau boleh memotong batang pokok ini untuk dijadikan bot. Kau akan dapat belayar dengan gembira," cadang pokok epal itu.
Lelaki itu merasa amat gembira dan menebang batang pokok epal itu. Dia kemudiannya pergi dari situ dengan gembiranya dan tidak kembali lagi selepas itu.

Namun begitu, pada suatu hari, seorang lelaki yang semakin dimamah usia, datang menuju pokok epal itu. Dia adalah budak lelaki yang pernah bermain di sekitar pokok epal itu.

"Maafkan aku. Aku tidak ada apa-apa lagi nak diberikan kepada kau. Aku sudah memberikan buahku untuk kau jual, dahanku untuk kau buat rumah, batangku untuk kau buat bot. Aku hanya ada tunggul dengan akar yang hampir mati... " kata pokok epal itu dengan nada pilu.


"Aku tidak mahu epalmu kerana aku sudah tiada bergigi untuk memakannya, aku tidak mahu dahanmu kerana aku sudah tua untuk memotongnya, aku tidak mahu batang pokokmu kerana aku berupaya untuk belayar lagi, aku merasa penat dan ingin berehat," jawab lelaki tua itu.

"Jika begitu, berehatlah di perduku," cadang pokok epal itu.
Lalu lelaki tua itu duduk berehat di perdu pokok epal itu dan berehat.

Mereka berdua menangis kegembiraan.

Cerita ini dipaparkan untuk mengajak semua untuk berfikir tentang pengajaran yang dapat diambil di sebalik cerita tersebut. Sebenarnya pokok epal yang digambarkan di dalam cerita di atas adalah anologi kepada kedua ibu bapa kita. Kita dapat lihat daripada cerita di atas, jika kita memerlukan bantuan, kita akan mencari ibu dan ayah kata. Selepas mereka membantu kita, kita selalunya tinggalkan mereka dantidak ambil kisah tentang mereka. Mereka (ibu bapa) sentiasa mencari jalan untuk membantu anak-anak mereka, namun ramai anak di luar sana yang tidak mengenang budi malah menderhakai mereka.

Epal dipetik di sini

Wednesday, January 26, 2011

Cerita Hati


Semalam yang telah pergi

Menghilang tanpa jejak

Membawa bersama cereka

Duka dan ketawa


Dan kini ku mencari

Kalau masih ada kesan

Yang terus tersisa di dada

Pantai permainan


Jalanan yang panjang

Bersimpang haluan

Bagai pentas luahan rasa

Tiada bersempadan


Pada awan biru ku melakar kata-kata

Pada langit cerah ku panah semua cerita

Dengarlah mentari suara hatiku menyanyi

Berterbangan jiwa merentasi pelangi


Gerimis menitis gugur membasahi bumi

Bagai menangisi sebuah cerita hati

Andai kau fahami semua hikayat pendeta

Seribu tahun kau pasti bisa setia ke alam syurga


Mungkin ada esok

tuk ku ukirkan kalimah

Menjadi arca pembuktian

Pengabdian cinta


Surat untuk Oppa


Assalamualaikum Oppa,

Disaat oppa baca coretan ni, diharap oppa sihat.... Coretan ni khas untuk oppa, itu pun kalau oppa baca.... Surat ni khas untuk oppa... Nisa tak tau oppa siapa, hanya ALLAH SWT yang menentukannya... Oppa, andai satu hari kita bertemu, moga akan memberi kebahagiaan pada kita....

Oppa, surat ni untuk oppa, so sebab tu Nisa tak tulis isi surat tu kat sini sebab Nisa khaskan surat tu untuk oppa...Kalau Nisa tulis isi surat tu kat sini, nanti tak istimewa la untuk oppa... Betul tak??? 100% betul kan.... So tak payah tulis kat sini sebab nanti orang lain dapat baca... tak best la kan?? Sweet tak, oppa?? hehe....

Taknak tulis dah la oppa, nanti orang kata jiwang pulak.... Tapi tak peduli pun, sekali sekala jiwang, tu pun dengan oppa je... bukan dengan orang lain... Sapa yang suruh diorang baca.... Terang2 title tu khas untuk oppa kan.... Kalau oppa tak pernah baca post ni, ada masa nanti, Nisa tunjukkan post ni kat oppa ek??

Oppa mesti tersenyum macam kerang busuk bila baca post ni nanti..... owh!! ya!! Kalau oppa baca, oppa jangan senyum sorang2 tau, nanti orang kata oppa tak betul pulak senyum depan laptop....


Tuesday, January 25, 2011

MAMA

Ni hasil nukilan selepas baca post adik....


Haha... teringat kena bc sifir sebelum tgk doreamon, Nisa la yg last skali..
Time Nisa lg dasyat, kena dgn duit syiling 1sen satu tabung atas kepala sebab tak reti mengira.... penat mama mengajar, tak faham2 lagi.. haha...last2, math dr dulu spai skarg A... berkat duit 1sen...haha.. Alhamdulillah... tak bleh lupa...

Mama mmg yg terbaik deh!!!! Nisa ngan Annati jahat, kalau gi shopping, mama akan masuk 1 kedai ni... kalau pi situ, mama mesti singgah... haha... kitorg akan ckp 'jgn la mama nampak kedai tu' sambil2 tu tiup mama konon2 ada angin tiup pi tmpt lain la... last2 mama masuk gak kedai tu.... haha..

Mama the best!!! ckp ja nak pi mana, mama keluar dulu.... haha... "mama, harini Nisa teringin nak mkn kuih koci boyfren Annati... haha...org yg kat pasar tani tu... mama pun bawa... kuih koci dia sedap lah!! bukan promote, belum cuba belum tahu, sudah cuba pasti mahu... keke.. tapi hari Khamis ja...




Cantik kan my Mama?? Thank you ALLAH ~ Alhamdulillah..

Mama...

Mama yang melahirkan diriku ini...

Yang mengendong diriku,

Yang menceriakan hari-hari ku.....

Yang menjaga, yang mendidik diriku....

Dari kecil hingga dewasa...


Mama...

Pengorbananmu tiada batasan,

Penat lelahmu tiada tandingan,

Kasih sayangmu bukan sebesar tapak tangan,

Selalu hadir ketikaku memerlukan...


Mama...

Ciumanmu sayup dihatiku...

Renunganmu redup dijiwaku...

Hadirmu membawa ketenangan dalam diriku...

Anakmu amat menyayangimu....





Burn - Kasih Ibu.mp3

Saturday, January 15, 2011

Gambatae Nisa-chan!!!

Hari ni masuk hari ke-3 Nisa selsema.. Alhamdulillah masih berpijak di bumi ALLAH S.W.T... Biasala kalau selsema, makan tak kenyang, mandi biar basah (sebab sejuk...), tapi tidur lena (ni sebab makan ubat)hehe... Tp semalam tak boleh lelapkan mata...


Minggu depan dah start Mid Term... chaiyo!! chaiyoo!! InsyaALLAH dapat jawab dgn sempurna... hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih..

Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit..
dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.

Tak sabar rasanya nak balik... Rindu semua... Mama, Abah n my siblings... Belajar elok2 ok... Jangan main-main... Owh, rindu jugak dekat pakcik yang jual pasembor depan masjid tu... Ada lagikah?? (^_^)



Tuesday, January 11, 2011

One Litre Of Tears


more than one litre of tears






Nice song right???? Hurm... I heard this song in the muve of "One Litre Of Tears".... I think this is the 2nd time i'm watch this muve... This muve based on the true story- about the life story of Kitou Aya, a girl who had an incurable disease called Spinocerebellar Degeneration Disease at a young age of 15.

Although she know about her disease, she struggled and fought on her disease and she wrote her deepest thoughts until the last day she couldn't hold a pen. Before she died, her writings were published including the poems she wrote while she is staying in a school for the disabled.