Pages

Tuesday, August 31, 2010

Monday, August 30, 2010

10 tanda dia jodoh kita

Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Muhammad: 7)

Gunakan seluruh pancaindera

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1.Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2.Senang bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima kita seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4.Sentiasa jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5.Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6.Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7.Memahami diri kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8.Tampilkan kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9.Kata hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10.Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

"Takdir mempunyai beberapa bahagian, pertama ialah takdir di dalam ilmu Allah yang azali. Ia bermaksud Allah telah mengetahui segala-galanya sebelum ia benar-benar berlaku. Takdir di dalam bentuk ini tidak boleh dan tidak mungkin berubah secara mutlak. Jika ia berubah ia mencacat kesempurnaan Allah dan hal ini adalah mustahil di sisi Allah. Berhubung dengan ini Allah berfirman: “Keputusan di sisiKu tidak akan berubah dan Aku sekali-kali tidak menzalimi hamba-hambaKu.” (Surah Qaaf :29)

Friday, August 27, 2010

Wanita Solehah

Wanita solehah itu, apabila dilihat, menyejukkan hati, apabila diajak bicara, dia mgucapkan , afwan akhi, takutlah kpd Allah...apabila dinasihati, dia mgukapkan "sami'na wa atho'na", dan apabila dilamar oleh lelaki yg baik, dia merintih kerana..., diriku masih banyak dosa, kenapa kau memilihku utk menjd isterimu...?


lelaki itu berdoa...


Ya..Rabbi...


Aku tak meminta seseorang yang sempurna..Hingga aku dapat membuatnya sempurna di mataMu.....
Seseorang yang memerlukan dukunganku sebagai peneguhnya..
Seorang yang memerlukan doaku untuk kehidupannya..
Seseorang yang memerlukan senyumku untuk mengatasi kesedihannya..
Seseorang yang memerlukan diriku untuk membuat hidupnya lebih hidup..


Ya Rahman....


Aku tidak mengharap dia semulia Fatimah Radhiyallahuanha,
tidak setaqwa Aisyah Radhiyallahuanha ,
Pun tidak secantik Zainab Radhiyallahuanha,
apalagi sekaya Khodijah Radhiyallahuanha.
Aku hanya mengharap seorang Wanita akhir zaman,
Yang punya cita-cita mengikuti jejak mereka,
Membangun keturunan yang soleh dan solehah,
Membangun peradaban,
dan membuat Rasulullah saw bangga di akhirat..




Kerana aku sedar...
aku bukanlah orang yang semulia Abu Bakar Radhiyallahuanhu,
Atau setaqwa Umar Radhiyallahuanhu,
pun setabah Ustman Radhiyallahuanhu,
Ataupun sekaya Abdurrahman bin auf Radhiyallahuanhu,
setegar Zaid Radhiyallahuanhu..
Juga segagah Ali Radhiyallahuanhu,
apalagi setampan Usamah Radhiyallahuanhu

Aku hanyalah seorang lelaki akhir zaman yang punya cita dan cinta terhadap deen ini..


Ya.....Rabbii .......


Aku juga meminta,
Jadikanlah ia sandaran bagiku
Buatlah aku menjadi Pemuda yang dapat membuatnya bangga
Berikan aku hati yang sungguh mencintaiMu sehingga aku dapat mencintainya dengan sepenuh jiwaku..
Berikanlah sifat yang lembut, sehingga auraku datang dariMu..
Berikanlah aku tangan sehingga aku mampu berdoa untuknya..
Berikanlah aku penglihatan sehingga aku dapat melihat banyak kebaikan dalam dirinya..
Berikanlah aku lisan yang penuh dengan kata-kata bijaksana,
Mampu memberikan semangat serta mendukungnya setiap saat..


Ya Allah..


Engkaulah yg mengetahui yg terbaik untukku..
Engkaulah yg memahami ketulusanku...Engkaulah tempatku meminta dan tempatku kembali..
Berikanlah yg terbaik buat hidupku..
Kerana ku yakin dengan Qadha' dan QadarMu...

Allahumma Ameen...

Tak Sabar...

Hehehe...
Wah!! Tak sabarnya nak balik ni.... Nisa dapat cuti 3 minggu... Best best best...
Selalu seminggu ja... Alhamdulillah...
Dah 2 bulan tak tengok family... Rindu rindu rindu.....

Tengah tunggu abah datang ambil... Mama cakap, abah bertolak lepas subuh...
Mungkin sebab hujan, so abah bawak kereta slow sikit kut... Biasala, biar lambat asal selamat...

Tapi cuti ni tak boleh nak enjoy sesangat... Ada banyak kerja yang perlu dibereskan... Kena siapkan project paper sama coz lepas balik cuti, kena present....
Video lagi... yang tu jangan cakap la, duk tak siap-siap jugak...
Jadi, balik cuti ni nak minta tolong la... (^_^)

****
Ok la... nak sambung kemas baju... suka kemas last2 minute... hehehe..
Selamat Bercuti bebudak UNITEN Muadzam Shah... Terutama to my frenz: Iza, Kak Yati, Ecah, Wan and Daud.... Enjoy2 jugak, keja jangan lupa ok...

Bubbye....

Tuesday, August 24, 2010

Apa kes???

Hari ni Nisa kena pi balai polis... Apa kes??? Tak buat salah apa-apa pun... Tapi kenapa kena panggil??? Waaaaaaa~~~~

Rumah kawan Nisa kena pecah masuk sebelum subuh, kira-kira sebelum orang bangun nak sahur pagi tadi.... 1 labtop, 2 biji handphone dan duit kena curi... Kesian kat kawan tu....

Kenapa Nisa yang kena panggil??? Ramai yang kena panggil dan Nisa salah sorang antara mereka.... Sesiapa yang menjejak kaki ke rumah tu semalam dipanggil polis... Nak taknak, kena pi jugakla.... Nisa pi dengan kawan Nisa...

Kat balai polis, diorang ambil cap jari... waaaaa~~~ Rasa macam pesalah.... Menggigil jugak la bila nak turunkan cap jari tu w/pun tak bersalah... Mana tak nya, first time bekerjasama dengan polis...

Agak geram sikit dengan sorang polis ni... Boleh dia panggil kita 'PENJENAYAH'... Apakah??? Apa hak dia senang2 panggil orang penjenayah??????? Mula2 ok lagi la... nampak ayat dia macam dah terlebih2, menjawab jugak la Nisa... Dah orang tak bersalah, memandai panggil orang perkataan penjenayah...

Polis ni, saya ada abah dan mama... takkan saya nak memalukan parent saya dengan melakukan perbuatan macam tu.... Saya tahu la mana halal, mana haram...

Tapi terfikir jugak, bulan puasa yang mulia ni, ada jugak orang nak mencuri kan??? Dah la tu, kau mencuri, barang dapat kat kau, tapi yang pi balai, kitorang yang tak bersalah ni...

~Ya ALLAH, semoga orang yang mencuri itu tertangkap kerana perbuatannya~

Monday, August 23, 2010

Bising....

Musim pilihanraya dah bermula... Bising betul kat luar tu... Macam-macam bunyi hon ada, kereta la, motor la... Haish... Kacau... Orang ada midterm la esok... Bising...

Masing-masing nak promote diri... pelbagai janji manis diutarakan... Terlaksana kah janji tu??? Yang dulu pun tak nampak pergerakkannya...hanya janji yang ditulis atas sehelai kertas yang hanya mahu perhatian ramai.. Mungkinkah??? Kita ada persepsi masing-masing... Pendapat masing-masing... Mula-mula saja active, lepas tu, bagai melepas batuk ditangga... Bukan apa...
Merasa tidak berpuas hati... Mana taknya... Semua harga nak naik... Kemudahan kurang... Bayar yuran pelbagai, tapi takda kepelbagaian... Bas, internet semua dibayar... Tapi, bila tunggu bas, bas takda... Apa kes???

Mesra pengguna??? Bukan nak kata... tapi kat kaunter pertanyaan, kat bahagian customer siap tampal 'senyum selalu' tapi diorang, layan tak layan ja... nak-nak yang bad mood... Diorang ingat diorang ja ada perasaan... nak bad mood sentiasa... Habis customer ni apa???

Ishk3... apala yang duk ngarut ni???
Ok la, esok ada midterm.. nak sambung study balik... Bubbye

~Ya ALLAH, saya berlindung dengan-MU daripada ilmu yang tidak berguna, hati yang tidak kusyuk, nafsu yang tidak pernah puas dan daripada doa yang tidak dimakbulkan~

Sunday, August 22, 2010

Sabar....

Kejap ja kan dah masuk 2 minggu umat Islam berpuasa...
Dah nak masuk minggu ketiga... cepat betul masa berlalu...

Owh ya... Nisa tak sabar nak balik rumah.. InsyaALLAH, 28/8 ni kalau tak ada aral melintang la...
suka suka suka.... (^_^)...Nak jugak berpuasa dengan family....Dengan abah, mama, abang and adik-adik...

Yang penting, dapat cuti 3 minggu tu... Yang dapat cuti lambat sikit tu, jangan jeles ok... Bagi la peluang kepada orang yang jarang balik ni... hehehe.... Cuti pun cuti jugak... tapi project paper kena jalan... waaaaaa~~~ tak boleh enjoy sangat raya ni...

Saturday, August 21, 2010

Perasan.....

Hari ni Nisa pi pasar awal daripada biasa... Bukan sebab nak beli juadah berbuka awal2...
tapi nak pi jalan2 tengok tudung... Rambang mata kut tengok tudung, tapi Nisa beli satu ja tudung, jenis selendang gak tapi bukan kain yang nipis tu, ala-ala cam orang arab pakai tu... cewah...

****

owh ya... tadi terperasan ada sorang nenek kat pasar tu asyik tenung Nisa ja... Terfikir gak, ada buat salah ke dengan nenek tu... Rasa cam lama ja nenek tu tenung, Nisa pun tengokla dia... Then nenek tu senyum, Nisa senyum la balik..senyum itu sedekah... Mungkin dengan senyuman, hati merasa lapang.... Lepas senyum, nenek tu terus pergi... Nisa tak anggap papa la... tapi dup dap dup dap jugak la jantung ni...

****

Budak kecik, kalau jatuh, jangan la kita tegur... Bila tegur, mula lah nak menangis...
Kat pasar tadi, ada budak comel lagi cute ni terjatuh... ye la, baru belajar bertatih kut.... then Nisa tertegur dia masa dia jatuh tu... Wah!!! mula menyebek (muncung mulut nak menangis)...
Nasib baik pakar bab budak2 kecik ni... cewah... hahaha... belum sempat dia menangis, gue pujuk dia dulu.. Macam-macam kerenah orang ramai kat pasar tu... Sampai Nisa rasakan yang Nisa terkena kejutan budaya... Boleh macam tu??? Mungkin untuk Nisa ia dipanggil kejutan budaya, tapi untuk orang-orang yang dah lama kat sini, mereka sudah terbiasa...

~ dalam mood, biru mata hitam ku~ (@_@)

Friday, August 20, 2010

Syukur....

Alhamdulillah.... Tadi pi tunjuk video kat Sir.... Video kami diterima... cuma kena tambah2 sikit supaya video tu nampak macam fun sikit... Berkat bersengkang mata semalam ni... Alhamdulillah...
Berbaloi-baloi... hehe (cam iklan kan??)...hehe

Penat masih belum hilang... malam ni ada replacement class for Ethics pulak..... Penat pun penat la... Owh ya... makin bertambah pulak asignment... buat sikit-sikit, lama-lama jadi gunung... InsyaALLAH akan disiapkan mengikut tarikh yang telah ditetapkan...

~ Ya ALLAH, permudahkan segala urusan kami asalkan urusan kami tidak lari dari landasan-MU~

Belum...

Tak habis lagi edit video ni.... huhuhu.. penat... Tp esok Sir nak tengok video ni....
Penat, penat, penat... dah la tak tau benda adobe ni..... apakah????

Hentam saja la Labu....

Tapi tak boleh hentam.... Ada markah kut... Bukan kut, kut... Memang ada markah pun... Jadi kena buat betul-betul...

Dah menguap, tandanya mengantuk... tapi belum boleh tidur...
Esok ada class pukul 8 pagi pulak tu sampai 12 t/hari.... Apakah???
Pastu nak pi distribute questionnaire pulak.. pukul 4 petang baru pi tunjuk video kat Sir...

K la, nak sambung edit- m'edit ni...
Bubbye..
Assalamualaikum...

Thursday, August 19, 2010

Penat-penat

Aduh... tak baik kan mengeluh... tapi nak buat macam mana... memang penat...
Bukan senang nak edit video ni... nak cut itu, nak cut ini.... susah jugak...
waaaaaa~~~~~

Penat sesangat.... Dah la tak tau guna software ni... ADOBE PREMIERE.... Guna Movie maker pulak tak boleh nak buka... Aisehhh... memang menguji tahap kesabaran betul...

Habis jugak makan karipap... Tension punya pasal... Kalau berjaya, lepas ni boleh jadi pengarah filem la ek... hahaha... Memandai pulak...hehe

Tapi memang serious penat...

~ Ya ALLAH, permudahkan segala urusan hamba-MU ini, amin....~

Tuesday, August 17, 2010

Cepat- cepat

Dah nak dekat 2.30ptg dah ni...Haish... tu la, lambat sangat nak loading...
sebenarnya nak tulis pasal benda lain tadi... tapi, lambat sangat loading, dah jadi tulis benda lain...

Ada masa lagi... kul 2.30 nak pi ambil question paper yang nak buat research... Dr mesej my fren kata questionnaire dah siap dicetak.. So boleh pi ambik dah.... Penat la respondent2x nak jawab nanti... hehe... Nak buat macam mana, keja kitorang kena jalan jugak... hehe... sorry...

Macam tak boleh nak distribute paper minggu ni ja... aisehhh... Banyak keja nak buat lagi...
Nak edit video lagi... ceh, macam pro ja edit2x video ni... demi kumpulan, Nisa sanggup buat... Teringat seseorang yang dulu selalu bagi semangat kat Nisa "GAMBATAE"........ huhu...
Dan perkataan ni la Nisa guna pada diri Nisa sebagai sumber kekuatan kalau Nisa rasa susah sangat nak buat sesuatu benda... 'GAMBATAE NISA".... (@_@)...

Ok la... nak siap kejap and nak pi jumpa Dr nak ambik paper... Bubbye... Salam...

Sunday, August 15, 2010

Muhadsabah Cinta



Wahai pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dari Mu
Kupasrahkan semua pada Mu
Tuhan baru kusadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini ku harapkan cinta Mu

Reff
Kata kata cinta terucap indah
Mengalir berdzikir di kidung do’a ku
Sakit yang kurasa biar
Jadi penawar dosaku

*
Butir butir cinta air mataku
Terlihat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Illahi Muhasabat cintaku
Tuhan kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku dengan Mu

Back to Reff
Back to *
Repeat Reff 2x

Kenapa??

Kenapa hari ni rasa cam moody semacam ek?? Sedih, makan hati dan macam-macam perasaan bercampur aduk..... Ya ALLAH, kenapa rasa begini? Kenapa rasa macam ni? Adakah ini kelemahan diriku?? Kuatkanlah diriku ini..... Tabahkanlah hatiku mengharungi dugaan-Mu Ya ALLAH....



~with Kak Yati~
Mana satu kak Yati, mana satu Nisa??
~Yang satu tu Kak Yati, yang satu lagi tu Nisa~

Saturday, August 14, 2010

Renung-renungkan: Adik cuma tanya je ibu



Kenapa wujudnya manusia macam ni???

Friday, August 13, 2010

Mood

Masih rasa letih lagi.... Bkn sebab apa.. Kes tak cukup tido ja... Boleh macam tu???
Sebenarnya nak pi jumpa Dr nak hantar research questionnaire...
Tapi masih menunggu my fren send her questionnaire through email coz dia balik kampung...
Sekali-sekala tolong orang, apa salahnya kan...

****
Sebenarnya, sahur pagi tadi turn Nisa memasak... haha...
Letih punya pasal, terlupa...
Nasib baik my roomate bangun... dia yang sediakan... hehe
Thanks Kak Risya... <3
Jasamu akan ku kenang....

****
Hari takde class, so lepas gi hantar research questionnaire nanti, boleh la rest sikit...
Baru Nisa perasan 2, 3 hari ni post Nisa asyik pasal research questionnaire ja kan?? mana taknya, asyik kena edit... keke...

~ smile always~
senyum itu sedekah

Thursday, August 12, 2010

Segalanya....

Ku mentafsirkan
kelemahan dan kesilapan
adakah getarnya
dari ku mungkin sebaliknya
atau kau ada mengubahkan ku hingga terkeliru

Ku berikan emas, intan dan permata
bukan kaca kilau tiada berharga
tetapi sayangnya kau terleka lupa segalanya
yang pernah kita ciptakan
semua ini

Pernah kau berjanji
engkau terlintas di penjuru hati
untuk kau kembali
menyambung mimpi kian punah
sebelum parah
biar ku mengubah segala - galanya

Apa- apa Aja

Tajuk kat atas ni takdak kena-mengena pun dengan post kali ni...
sebenarnya, tak tau nak tulis tajuk apa... huhu... boleh macam tu???

Hari ni penat sangat... Rasa dah macam tak larat sangat... letih+ penat+ tak larat= really tired (z_z)
Bukan sebab puasa... Takda kena-mengena ngan puasa pun...
Penat coz tido lambat semalam la ni.. nak siapkan questionnaire... Ingat kan dah ok dah...
Pi tunjuk kat Dr td, rupa-rupanya kena edit lagi... aiyoooo (@_@)
Nasi baik tak banyak benda nak edit...

Gi tunjuk kat Dr tadi, baru Dr perasan yang research Nisa kena guna MANOVA...
Nisa pun tak perasan sebelum ni.. yang lain guna ANOVA... aisehhh... cam mana ni???

Then Dr suruh tukar guna ANOVA jugak....

Kelas hari ni dari pagi sampai petang... So Nisa tak boleh curi-curi tido... Pening dah kepala ni...
Pi pasar tadi pun dah rasa cam terhuyung-hayang ja jalan....
Ingat nak buat questionnaire ni bagi siap n then tido... Esok takde class... So boleh relax2 sikit...

Alhamdulillah...

Amin.... Dah siap pun proses edit2 questionnaire ni...
Tu la orang cakap ~ hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih~
Esok kena gi buat pilot test pulak.... Nak bagi kat sapa ek???
Bagi je la mana2 lecturer kan??

****
Lapar la pulak pepagi ni.... huhu
Takpe la... tido kejap n then bangun sahur nanti baru makan kan?
Ok la tu....
Nak tido la pulak... dah siap keje ni..hehe
Esok ada class pagi sampai petang...
So... apa lagi... Time to sleep (z_z)
Bubbye....

~ Semoga hari esok lebih baik dari hari sebelumnya~

Wednesday, August 11, 2010

1 st Ramadhan

Salam Ramadhan....

Hari ni Nisa beli juadah berbuka kat bazar tadi....
Wah!!! memang ramai orang kat situ... ye la... satu2 nye bazar kat bandar ni kut..
Bandar ni kecik je....
Semua kaum ada... Melayu, Cina , India and native people

Banyak jugak la juadah yang ada...
tp sabar je la... tak boleh la nak beli semua kan???
Sabar tu separuh dari iman...
Ada lagi 29 hari kut nak puasa....

K lah...nak pi hidang tuk berbuka nanti...
Bubbye...

Ketika ALLAH memilihmu Untukku.....

Padamu yang Allah pilihkan dalam hidupku..
Ingin ku beritahu padamu..
Aku hidup dan besar dari keluarga bahagia..
Orang tua yg begitu sempurna..
Dengan cinta yg begitu membuncah..
Aku dibesarkan dgn limpahan kasih yang tak terhingga..
Maka, padamu ku katakan..
Saat Allah memilihmu dalam hidupku,
Maka saat itu Dia berharap, kau pun sanggup melimpahkan cinta padaku..
Memperlakukanku dgn sayang yang begitu indah..


Padamu yang Allah pilihkan untukku..
Ketahuilah, aku hanya wanita biasa dengan begitu banyak kekurangan dalam diriku,
Aku bukanlah wanita sempurna, seperti yang mungkin kau harapkan..
Maka, ketika Dia memilihmu untukku,
Maka saat itu, Dia ingin menyempurnakan kekuranganku dgn keberadaanmu.
Dan aku tahu, Kaupun bukanlah laki-laki yang sempurna..
Dan ku berharap ketidaksempurnaanku mampu menyempurnakan dirimu..
Kerana kelak kita akan satu..
Aibmu adalah aibku, dan indahmu adalah indahku,
Kau dan aku akan menjadi 'kita'..


Padamu yg Allah pilihkan untukku..
Ketahuilah, sejak kecil Allah telah menempa diriku dgn ilmu dan tarbiyah,
Membentukku menjadi wanita yg mencintai Rabbnya..
Maka ketika Dia memilihmu untukku,
Maka saat itu, Allah mengetahui bahwa kaupun telah menempa dirimu dgn ilmuNya.. Maka pimpin tanganku dalam mengibarkan panji-panji dakwah dalam hidup kita..
Itulah visi kita..
Ibadah pada-Nya ta'ala..


Padamu yg Allah tetapkan sebagai nahkodaku..
Ingatlah.. Aku adalah mahlukNya dari tulang rusuk yang paling bengkok..
Ada kalanya aku akan begitu membuatmu marah..
Maka, ketahuilah.. Saat itu Dia menghendaki kau menasihatiku dengan hikmah,
Sungguh hatiku tetaplah wanita yg lemah pada kelembutan..
Namun jangan kau cuba meluruskanku, kerana aku akan patah..
Tapi jangan pula membiarkanku begitu saja, kerana akan selamanya aku salah..
Namun tatap mataku, tersenyumlah..
Tenangkan aku dgn genggaman tanganmu..
Dan nasihati aku dgn bijak dan hikmah..
Nescaya, kau akan menemukanku tersungkur menangis di pangkuanmu..
Maka ketika itu, kau kembali memiliki hatiku..


Padamu yang Allah tetapkan sebagai atap hunianku..
Ketahuilah, ketika ijab atas namaku telah kau lontarkan..
Maka dimataku kau adalah yang terindah,
Kata2mu adalah titah untukku,
Selama tak bermaksiat pada Allah, akan ku penuhi semua perintahmu..
Maka kalau kau berkenan ku meminta..
Jadilah hunian yg indah, yang kukuh…
Yang mampu membuatku dan anak-anak kita nyaman dan aman di dalamnya..


Padamu yang Allah pilih menjadi penopang hidupku…
Dalam istana kecil kita akan hadir buah hati-buah hati kita..
Maka didiklah mereka menjadi generasi yg dirindukan syurga..
Yang di pundaknya akan diisi dgn amanah-amanah dakwah,
Yang ruh dan jiwanya selalu merindukan jihad..
Yang darahnya mengalir darah syuhada..
Dan ku yakin dari tanganmu yg penuh berkah, kau mampu membentuk mereka..
Dengan hatimu yg penuh cinta, kau mampu merengkuh hati mereka..
Dan aku akan selalu jatuh cinta padamu..


Padamu yang Allah pilih sebagai imamku…
Ku memohon padamu.. Redhalah padaku,
Sungguh Redhamu adalah Redha Ilahi Rabbi..
Mudahkanlah jalanku ke Syurga-Nya..
Kerana bagiku kau adalah kunci Syurgaku..


~sekadar renungan, santapan dan ratapan~

di ambil dari forum student UNITEN

Tuesday, August 10, 2010

Salam Ramadhan....

Hari ni, umat Islam akan menjalani Ibadah Puasa selama sebulan...
Alhamdulillah... Hari ni jugak merupakan hari lahir ku yang ke-?? ...... Kira sendiri la ek bagi sapa2 yang tau... Bagi sapa2 yang tak tau tu, tak payah la ambil berat sangat...hehe...

Sebelum ni, teringin gak hari lahir sama dengan hari2 yang penuh makna... Alhamdulillah, tahun ni, hari lahir Nisa sama dengan 1 Ramadhan.... Bulan yang indah.... Harap2 diri Nisa seindah bulan yang indah ni...

Bagi yang ucap panjang umur tu, maaf la... umur kita ALLAH S.W.T dah tentukan.... Bukan tak mau panjang umur, tapi kalau dah tiba masanya, kita pun tak boleh nak tolak kan??? Bukan apa, sebagai renungan bersama.... (Jangan sedih pulak baca ayat ni)

Owh!!! Salam Ramadhan kepada semua... semoga kita sentiasa dalam keredhaan-NYA... Amin

~semoga dapat menempuhi hari2 mendatang dengan tabahnya~

Saja ja.....

Assalammualaikum...

Pagi tadi class Applied HR Research... Dr comment pasal questionnaire... Alhamdulillah, tak banyak benda yang nak diperbetulkan just Dr suruh kurangkan page...
Ni tengah edit2 questionnaire ni... (^_^)
InsyaALLAH, kalau ok, minggu depan dah boleh start distribute questionnaire tu...

Sorry la kalau blog ni guna bahasa rojak ek??? Tak kisah kan... hehe...

Dengar cerita cuti raya sampai 2 minggu... wah!!! kira cuti 3 minggu la ni coz plus dengan mid term break lagi... best best.... I like... hehe

~mood happy~

Monday, August 9, 2010

Penat2

Hari ni penat sangat.... Pagi tadi class start pukul 10 sampai 1ptg... Class Ethics...
Ada quiz pagi tadi.... Nak kata senang tu, tak la jugak... Tapi, boleh la jugak Nisa buat...

***
Pukul 2ptg tadi pi shooting untuk video assignment OSH... Nisa tak jadi mak guard coz baju guard takda... Ok la tu... hehe... Nisa jd penunggu bas je... Boleh la kan...
Pastu tunggu yang lain lagi... Penat kena panas lagi... Takpe, demi sebuah assignment, Nisa sanggup berpanas... cehcehceh.... hehe

***
Habis shooting tadi dalam kul 6 kut kalau tak silap.... Then, Nisa ngan kawan pi gerai buah coz esok ada makan2 kat class... Owh, satgi nak potong buah... Kena potong malam ni coz esok class awal pagi jadi tak sempat nak buat esok...

Ok la.. Penat... Nak rest jap... Pastu study, esok ada quiz for subject Industrial Relation

Saturday, August 7, 2010

Owh no....

Sekarang ada kat umah kawan... boring duk kat umah sesorang... saje je datang sini, nyibuk-nyibuk... hahaha... Takpe kan???

***
Ha!! semalam ada berita baik punye... Time class Strategic Management, tetiba ada anak ular kat dalam kelas tu... panik kut... sementara nak tunggu hero2x datang tangkap ular tu, kitorang belajar sambil angkat kaki naik atas kerusi coz takut kang tetiba ja ular melilit kaki kang, tak pasal pulak... Tak ambik pulak gambar anak ular tu coz takut nak gi dekat die... Tapi cam comel je ular tu.... Anak ular tu nak study jugak kut... huhu..Hero pulak lambat je datang... ishk3x....

***
Huh.... questionnaire untuk subjek Applied HR Research dah selamat disiapkan mengikut masa yang telah ditetapkan... Alhamdulillah... Dah send dah to my lecturer... Tunggu comment dari Dr pulak... Harap2 diterima... Amin.. Lepas dah siap soalan ni, boleh la start buat research... semoga ALLAH S.W.T mempermudahkan segala urusan ku dan teman-teman seperjuangan ku sekalian... Amin...

Thursday, August 5, 2010

Apakah?

Hurm....

Sebenarnya tengah menaip questionnaire for subject Applied Human Resource Research...
Tak siap lagi... Aiyoooo... esok dah nak kena submit ni.... Macam mana eh?? Buat jangan tak buat Nisa.... Bagi semangat pada diri sendiri... Gambatae!!!

Tension!!!! Tension!!!! Apa benda la yang dibuat ni... Kerja tak siap lagi, dah pi jenguk page ni la, page tu la... I means baca blog2x orang lain... Benda yang tak sepatutnya di buat time-time cam gini... Focus la Nisa!!!.... Masih tak boleh focus.... Apa kes???

*****
Owh ya, tetiba teringat seseorang yang asyik bertanyakan soalan yang tak sepatutnya... Apa ni??
Maafla ek kalau tak jawab... Soalan anda di luar bidang saya... Dan soalan tu tak sesuai tuk di jawab kerana tak ada kaitan... So, lebih baik saya mendiamkan diri dari menjawab soalan2 anda...

Wednesday, August 4, 2010

Abaikan....

Huh.... macam mana ni?? Masih belum siap lagi Questionnaire untuk research Nisa ni... Hari Jumaat pagi dah kena submit... Takpa... Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih...

Semalam bincang pasal group assignment... Ala, yang nak kena buat video presentation tu...
Nisa diminta utk melakonkan watak guard... Apakah??? Takpa... demi assignment... Tengoklah dulu macam mana...hahaha...

Tup tap tup tap..... Dah masuk bulan lapan.... Tinggal berapa hari saja lagi umat Islam akan menunaikan Rukun Islam yang ke-3.... Berpuasa la..... Dah nak masuk bulan Ramadhan...
Ada yang tanya Nisa tak balik ke time puasa nanti... Hurm... macam biasa la jawapan Nisa, cuti mid term baru balik.... Tu pun dikira time puasa jugak kan...hehe....

~gambar yang tidak ada kena-mengena~