Pages

Tuesday, August 24, 2010

Apa kes???

Hari ni Nisa kena pi balai polis... Apa kes??? Tak buat salah apa-apa pun... Tapi kenapa kena panggil??? Waaaaaaa~~~~

Rumah kawan Nisa kena pecah masuk sebelum subuh, kira-kira sebelum orang bangun nak sahur pagi tadi.... 1 labtop, 2 biji handphone dan duit kena curi... Kesian kat kawan tu....

Kenapa Nisa yang kena panggil??? Ramai yang kena panggil dan Nisa salah sorang antara mereka.... Sesiapa yang menjejak kaki ke rumah tu semalam dipanggil polis... Nak taknak, kena pi jugakla.... Nisa pi dengan kawan Nisa...

Kat balai polis, diorang ambil cap jari... waaaaa~~~ Rasa macam pesalah.... Menggigil jugak la bila nak turunkan cap jari tu w/pun tak bersalah... Mana tak nya, first time bekerjasama dengan polis...

Agak geram sikit dengan sorang polis ni... Boleh dia panggil kita 'PENJENAYAH'... Apakah??? Apa hak dia senang2 panggil orang penjenayah??????? Mula2 ok lagi la... nampak ayat dia macam dah terlebih2, menjawab jugak la Nisa... Dah orang tak bersalah, memandai panggil orang perkataan penjenayah...

Polis ni, saya ada abah dan mama... takkan saya nak memalukan parent saya dengan melakukan perbuatan macam tu.... Saya tahu la mana halal, mana haram...

Tapi terfikir jugak, bulan puasa yang mulia ni, ada jugak orang nak mencuri kan??? Dah la tu, kau mencuri, barang dapat kat kau, tapi yang pi balai, kitorang yang tak bersalah ni...

~Ya ALLAH, semoga orang yang mencuri itu tertangkap kerana perbuatannya~

No comments:

Post a Comment