Pages

Saturday, July 31, 2010

Penat

Seperti biasa, hari Sabtu, kat sini ada pasar dan hari sabtu jugak foodcourt tak di buka... Jadi kalau nak beli makanan tu, kena pi pasar la... Pasar ni di buka dari pagi sampai malam...

Macam-macam gak la yang di beli kat pasar tadi... My fren ni nak suruh buatkan sup cendawan, tapi dia beli cendawan je... Apakah??? hehe... Takpe, kita gi cari bahan-bahan tambahan lain gak.... Penuh jugak la beg plastik kat tangan... Lenguh..

Dah la jalan kaki... jauh jugak la... Tapi takpa... Jalan kaki pun dikira exercise jugak kan??

****

Tadi makan nasi kukus dengan ayam goreng berempah... Boleh tahan sedap gak... Beli kat pasar tadi... Pandai makcik tu buat sambal belacan.. huhu... Habis jugak nasi tu.. Lapar punya pasal... hehe... Alhamdulillah...


~ suka pi farmasi kat Muadzam ni sebab nak jumpa budak kecik ni (^_^) ~

Friday, July 30, 2010

Kau Belum Ku Temu....

Hari ni takda cerita... Just nak post lirik je... (^_^)

~Gambar sekadar hiasan~
................................................................................

Sudah ku duga
Ini akhirnya
Hati terluka
buat kesekian kalinya
Ku pujuk diri
Tenangkan hati
Betapa susahnya mahu berdiri


Sukar untuk lepaskan pergi
Beribu alasan kan ku cari
Mungkin ini atau itu sebabnya


*
Ku tahu hari itu akan tiba
Dunia ini kita akan teroka
Dan aku berjanji ku beri segala termampu
Cuma kau belum kutemu


Ku perlu tunggu masa berlalu
Menanti nasib mengunjungi waktu
Mungkin di sana, tak kira masa
entah dari mana kau di depan mata


Dan kita akan punya dunia
kasihmu kan merubah diriku
takkan ku risau hari-hari berlalu


*
Ku tahu hari itu akan tiba
Dunia ini kita akan teroka
Dan aku berjanji ku beri segala termampu
Cuma kau belum kutemu


Adil sudah, aturanNya
usah terus tertanya
tibanya nanti, kitakan
bersama

Dan kita akan punya dunia
kasihmu kan merubah diriku
takkan ku risau hari-hari berlalu

Ku tahu hari itu akan tiba
Takkan ku henti berusaha
Dan ku berjanji kan ku beri lebih buatmu, buatmu, buatmu


Ku tahu hari itu akan tiba
Dunia ini kita akan teroka
Dan aku berjanji ku beri segala termampu
Cuma kau belum kutemu
............................................................................................

~Credit to Amri for the nice lyric~

Sunday, July 25, 2010

Akhirnya!!!

Alhamdulillah..... Untuk sekian kalinya, baru boleh buka blog ni...
mungkin sebab line internet yang agak keterlaluan lembabnya.... Boleh macam tu???
Ha!!! tu bab internet la kan....

Sebenarnya Nisa nak cerita pasal jam... Jam tangan Nisa la ni.... Pakai dari pagi, tp time nak keluar pi pasar petang tadi baru sedar yang jam tu sudah berhenti berdenyut (mati)... Boleh macam tu???
Apa lagi, dah alang-alang nak pi pasar tu, sekali harung je la kan pi kedai jam...
Sampai kat kedai jam ni, lepas tolak pintu, masuk la dalam kedai tu... *wah!!! detail tu nak cerita* hehe....
Bagi la jam Nisa kat perempuan yang kerja kat kedai tu.... Punya la lama dia nak tukaq bateri jam tu.... Nak dijadikan cerita, dah lama sangat tunggu, Nisa pun bangun la pi tengok2 jam lain...

Tiba2 ternampak gaya perempuan tu cam tak senang duduk dah.... Apa yang Nisa sangkakan memang terjadi.... Lampu jam tak menyala lepas dia tukar bateri tu... Apa lagi, dia bagi la kat kawan dia pulak... Tunggu lagi.... Takpa la.... Then, kawan dia pun dah betul-betulkan apa yang patut, Nisa pun bayaq la... Tak check dah... terus keluar dari kedai...

Dah keluar dari kedai, baru terlintas nak check... Wah!!!!! Lampu jam tu tak menyala gak...Apakah? Patah balik la pi kedai tu... Nisa tanya kat dia, kenapa lampu jam tak menyala... Dia senyum ja.... Amboi 3x... Boleh macam tu???

Nasib baik Nisa ni penyabar (mood perasan sendiri~ hehe~ but memang penyabar pun)...
Dia suruh tinggal jam kat dia and datang balik ambil dalam pukul 5... Ok la.... Jam Abah bagi tu, memandai pulak rosakkan...Haish...

Akhirnya dapat semula jam yang kembali normal seperti sediakala... Kalau tak pi tanya tadi, free ja dapat jam yang rosak... Boleh macam tu??? Haish!!!!

~Thanks to Kak Dila yang selalu menemani Anis~
~Kita kan kembar... for you la... for me, no no no... Boleh camtu???~



~Gambar di atas ni takda kena-mengena pun tapi just saja ja~
Rindu pulak kat budak kecik ni........ Afrina namanya....
~Comel kan???~
~Tapi skarang budak cumil ni lagi tembam~

Thursday, July 22, 2010

Berfikir...

~Selagi nyawa dikandung badan, selagi itulah akan berfikir~

Pernah terdengar satu perumpamaan ni.... tp rasa-rasanya bukan perumpamaan... apa-apa je lah... Boleh dilabelkan sebagai kata2 jugak...
Kata-kata tu berbunyi:
*Kalau kita nak kenal perangai seseorang itu, kita tengok dengan siapa dia berkawan*

Ha!!! Lebih kurang macam tu la bunyinya.... Tp bagi Nisa, Nisa tak setuju dengan kata-kata tu... For me, kalau kita nak kenal perangai seseorang tu, kita kena berkawan dengan dia....

Dalam kelas tadi, ada satu contoh ni... bunyinya macam ni:
* Kalau kita berkawan dengan seorang jahat, walhal kita ni baik, orang akan pandang kita ni jahat jugak*~ patutkah????

Tapi, macam mana pulak dengan kawan yg 'jahat' tu berkawan dengan kita yg 'baik' ni??? Kenapa orang tetap pandang yang jahat tu jugak???? Terfikirkah kita???? (?_?)


JPJ

Ni kisah yang terjadi petang tadi.... Time ni, kitorang on the way nak pergi beli makanan kat kedai tuk buka puasa la.... Balik kelas lambat, so mesti foodcourt kat dalam kawasan ni dah dipenuhi customer.... So, ikut la kawan pergi beli kat luar.... Tiba2 sampai kat satu simpang ni, punyala berderet kereta... Sah2 la ada JPJ ni... ape lagi, kelam kabut la tarik seat belt..... Yang tak puas hati tu, kereta depan kitorang ni, lelaki la yang jadi driver nye, orang JPJ tu tak minta pun lesen die, lepas je....
Bila sampai turn kitorang- bukan main lagi minta lesen.... pastu banyak tanya lak.... Haish.....


~Think in positive way~

Tuesday, July 20, 2010

Oh Internet!!!

Line begitu lembab.... Masih terfikir perbezaan ejaan 'lembab' dengan 'lembap'.... Nisa mencari2 video berkenaan "Campaign of Safety Awareness" kat YouTube untuk dijadikan ilham untuk group project OSH (Occupational Safety and Health).... Tapi satu video pun tak boleh tengok coz internet yang macam siput sedut ni.... OMG... mana nak dapat ilham ni??? Adakah ilham dari pujangga * macam lagu la pulak kan???* hehe... Sambil2 view tu, bermesej dengan adik.... Tetiba ja ada satu mesej dari dia yang menyebabkan Nisa nak gelak *tapi tak sampai la gelak guling2*.. haha...

*Akak, jangan lupa minum air banyak2 ya.... sayang akak :)*
~Prihatin jugak adikku ini~

*Apa kena-mengena suruh minum air ni?? haha*
~ni soalan dariku~
* Supaya kamu sihat dong....masa si ngak mau sihat... waduh...waduh...waduh.. gi mana ni kalau kamu ngak mau sihat, nanti aku pusing dong kalau gitu.... eh2..eden terkecek Kelate la pulak dah... :) *
~mesej dia yang menghiburkan hatiku~ hahaha.. (^_^)

~Mood berfikir~ Apakah???? hahahaha.... Kelantan ke?? Biar betul??? hahahaha....


Tu la.... Excited sangat nak mesej...

Sunday, July 18, 2010

Hujan

Dekat luar, hujan lebat turun mencurah-curah....
Ada sekumpulan pelajar bermain hujan... *terfikir- takde air kah di rumah diorang???~ hehe sambil gelak~* (^_^)

Rasa sejuk~~ owh!!! Nisa tak tahan ngan sejuk..... Budak bilik relax je tp Nisa pulak yg terlebih-lebih pakai baju tebal.... Nisa memang tak tahan sejuk...... Bak kata doktor~ tak bleh pegi negara/ tempat sejuk la kalau macam ni~......

Kalau difikirkan, seronak jugak kalau tidur time hujan-hujan macam ni...hehe... Tapi ngak buleh dong... Ade kerja yang perlu dibereskan.... Kena baca balik proposal yang di buat sem lepas.....

~Ya ALLAH...moga tiap titis hujan yang turun membasahi bumiMu, kau sertakan berkahnya.... Amin~

Wednesday, July 14, 2010

Tasek Biru

Rupa2nya kat Muadzam ni ade jugak tempat yg menarik....
Tasek Biru..... Area Bukit Ibam....
Mmg unik tasik ni....
Ape yg uniknya??? Tasik ni betul2 biru.... Sebiru air laut... mmg cantik!!!!
Sebab tu diberi nama TASEK BIRU
Adakah kuari menjadi faktornya??? Tasek ni berada di kawasan kuari...
Mmg cantik la pendek kata.... Teruja!!!!

Jom tengok gambar.....


Ni la Tasek Biru.. Birukan??? Mmg cantik ah walaupun kawasan die belum membangun lagi... air tasik ni pun jernih..... *owh indahnya!!!* masih dalam mood teruja *wink*~~





Cuba tengok betul2x.... jernih kan??? Kalau tak nampak gak, clik gambar tu....












Ni tengah menikmati keindahan alam ciptaan
ALLAH S.W.T

Tuesday, July 13, 2010

Berfikir Kerana Terfikir Untuk Memikir- Fikirkan

Mcm gempak je kan tajuk ni??? haha...
Ape la yg nak difikirkan.... semua muka serious je bila masuk class Applied HR Research...
bkn ape... bila memikirkan perkataan 'RESEARCH' tu yg fikiran jd huru-hara, haru- biru n mcm2 ada.... (mcm iklan lak kan???)

Proposal dah siap sem lepas lg.... N class pg td, lecturer ade tny samada sesiapa yg nak tukar tajuk research die, bleh tukar n must submit their title by next week.... Tp Nisa tak kut... masih pd tajuk yg sama but kena tukar sikit ayat tajuk research Nisa coz tajuk die cam berbelit...

Masih confius lagi camne cara nak buat research ni w/pun dah diajar banyak kali... Biasa la kan budak baru belajar.... huhu.... Rasa2nya kena slalu jumpa lecturer ni.... Tetiba jd blur bila fikir pasal research ni... Cam gempak je kan nak buat research ni... 50% tu... jd kene BUAT YG TERBAIK UTK MENDAPATKAN YG TERBAIK DIANTARA YG TERBAIK.... So???? Chaiyoooo... GAMBATAE!!!!

Monday, July 12, 2010

I will be right here waiting for you

Oceans apart day after day
And I slowly go insane
I hear your voice on the line
But it doesn't stop the pain
If I see you next to never
Then how can we say forever

CHORUS:

Wherever you go
Whatever you do
I will be right here waiting for you
Whatever it takes
Or how my heart breaks
I will be right here waiting for you

I took for granted all the times
That I thought would last somehow
I hear the laughter
I taste the tears
But I can't get near you now
Oh can't you see it baby
You got me going crazy

REPEAT CHORUS:

Wherever you go
Whatever you do
I will be right here waiting for you
Whatever it takes
Or how my heart breaks
I will be right here waiting for you

I wonder how we can survive this romance
But in the end if I'm with you
I'll take the chance

Oh can't you see it baby
You've got me going crazy

REPEAT CHORUS:

Wherever you go
Whatever you do
I will be right here waiting for you
Whatever it takes
Or how my heart breaks
I will be right here waiting for you

Waiting for you

http://www.youtube.com/watch?v=2OeQZ9F4jYM

Saturday, July 10, 2010

Anak Kembar

gambar hiasan

Empat orang bakal ayah sedang menunggu kelahiran bayi mereka diruang rehat sebuah hospital. Kegelisahan jelas diriak muka mereka...

Seorang jururawat keluar dari bilik pembedahan lalu berkata
kepada lelaki yang pertama, "Tahniah! Isteri Tuan selamat
melahirkan anak kembar dua." "Kembar dua! Kebetulan pula,
saya bekerja di menara berkembar Petronas," kata lelaki
yang pertama dengan riangnya.

Beberapa minit kemudian, seorang jururawat lain datang
memberitahu kepada lelaki kedua, "Isteri Tuan selamat
melahirkan bayi kembar tiga. Tahniah!"
"Apa? Kembar tiga! Saya bekerja dengan 3D Corporation,
kata lelaki yang kedua.

Setengah jam kemudian, seorang jururawat memberitahu
kepada lelaki ketiga, "Tahniah! Isteri Tuan selamat.
Tuan dikurniakan anak kembar empat" kata jururawat itu dengan tenang.
"Kembar empat! Sungguh saya tak menduga kejadian ini, saya pula bekerja
di Four Season Hotel," kata lelaki ketiga dengan gembira.

Lelaki yang keempat mula mundar-mandir kegelisahan.
Ketiga-tiga lelaki tadi berasa hairan melihat keadaan
lelaki keempat itu. Mereka bertanya, "Apakah yang merunsingkan awak?"

Dengan perasaan gelisah dia menjawab "Saya bekerja di Seven Eleven."

Teh Hijau/ Green Tea

Teh hijau mengandungi nutrien yang terbaik untuk kesihatan- golongan muda atau tua, lelaki atau perempuan. Nisa pun baru tau je w/pun selama ni duk minum teh hijau... rUpa2nya, byk gak khasiat teh hijau ni... Ni Nisa terbaca kat surat khabar KOSMO!....

Kebaikan Teh Hijau

1-Kurangkan risiko kanser

Teh hijau mempunyai komponen zat yang mampu melawan sel kanser di badan. Ia mengelakkan pertumbuhan sel ini dan menghasilkan saluran darah baru bagi menggalakkan pertumbuhan sel yang baik. Kajian yang dilakukan menunjukkan teh hijau membantu mengurangkan kanser payu dara, perut, esofagus, kolon dan kanser prostat.

2-Lembutkan kulit

Jika kulit terluka, melecet atau digigit serangga, teh hijau boleh membantu dengan merendamkan sehelai kapas bersih ke dalam teh hijau dan tekankan pada bahagian kulit berkenaan. Teh hijau secara semula jadi mempunyai bahan antiseptik yang menghilangkan rasa gatal dan lebam. Selain itu, ia juga boleh mengawal bintik-bintik keradangan, kulit yang melecur, bekas tanda cacar dan mata yang bengkak disebabkan oleh tidur yang tidak cukup.- Lepas ni Nisa nak try la tuk mata.... huhu

3-Lindungi kulit

Di makmal kajian, teh hijau disapukan terus ke atas kulit kerana ia membantu untuk menghilangkan kanser kulit yang bertindak akibat daripada pendedahan di bawah sinaran matahari. Sebab itu juga, anda melihat lebih banyak khasiat teh hijau digunakan dalam produk krim selar kulit dan pelembap kulit.

4-Penstabil tekanan darah

Bacaan tekanan darah tinggi ialah 120/80 tetapi bagi mengekalkannya pada tahap tersebut bukannya mudah. Apatah lagi dengan tekanan kerja dan tanggungjawab yang bertambah hampir setiap hari. Amalan minum teh hijau setiap hari, mampu mengurangkan kebarangkalian menghadapi masalah hipertensi sebanyak 50 peratus. Kandungan teh hijau membantu mengekalkan fungsi saluran darah yang mengembang dan mengecut pada kadar yang betul.

5-Pelindung memori

Teh hijau secara tidak langsung menolong mengekalkan kecergasan memori atau fungsi otak. Seorang dewasa yang meminum dua gelas teh hijau akan merasai peningkatan masalah kognitif daripada mereka yang tidak menggemarinya.

Kenapa? Ini kerana dos antioksidan yang terkandung dalam minuman ini dapat melawan radikal bebas yang merosakkan saraf-saraf dalam otak seperti pesakit Alzheimer dan Parkinson.

6-Awet muda (ni yg suka dengar ni...hehe)

Lebih muda dan sihat arteri anda, maka lebih muda dan sihat kita rasa dari luar. Helahnya ialah kita harus melawan plak yang terbina dalam saluran darah lalu meningkatkan risiko penyakit jantung, strok serta menambah usia biologikal. Ia juga mengurangkan tenaga di dalam badan.

7-Menurun berat badan (Ha!!! ni sesuai tuk sape2 yg selalu tny mcm mn nak kuruskan badan... Nisa pun tak tau mulanya... Jd, sape yg nak kurus tu, minumla teh hijau.. rupa2nya, inilah rahsiaku...)

Sudah tentu perkara ini menarik perhatian ramai kerana teh hijau mempercepatkan proses pembakaran kalori dengan menghalang penyerapan lemak arteri dan kolesterol.