Pages

Saturday, July 10, 2010

Anak Kembar

gambar hiasan

Empat orang bakal ayah sedang menunggu kelahiran bayi mereka diruang rehat sebuah hospital. Kegelisahan jelas diriak muka mereka...

Seorang jururawat keluar dari bilik pembedahan lalu berkata
kepada lelaki yang pertama, "Tahniah! Isteri Tuan selamat
melahirkan anak kembar dua." "Kembar dua! Kebetulan pula,
saya bekerja di menara berkembar Petronas," kata lelaki
yang pertama dengan riangnya.

Beberapa minit kemudian, seorang jururawat lain datang
memberitahu kepada lelaki kedua, "Isteri Tuan selamat
melahirkan bayi kembar tiga. Tahniah!"
"Apa? Kembar tiga! Saya bekerja dengan 3D Corporation,
kata lelaki yang kedua.

Setengah jam kemudian, seorang jururawat memberitahu
kepada lelaki ketiga, "Tahniah! Isteri Tuan selamat.
Tuan dikurniakan anak kembar empat" kata jururawat itu dengan tenang.
"Kembar empat! Sungguh saya tak menduga kejadian ini, saya pula bekerja
di Four Season Hotel," kata lelaki ketiga dengan gembira.

Lelaki yang keempat mula mundar-mandir kegelisahan.
Ketiga-tiga lelaki tadi berasa hairan melihat keadaan
lelaki keempat itu. Mereka bertanya, "Apakah yang merunsingkan awak?"

Dengan perasaan gelisah dia menjawab "Saya bekerja di Seven Eleven."

Teh Hijau/ Green Tea

Teh hijau mengandungi nutrien yang terbaik untuk kesihatan- golongan muda atau tua, lelaki atau perempuan. Nisa pun baru tau je w/pun selama ni duk minum teh hijau... rUpa2nya, byk gak khasiat teh hijau ni... Ni Nisa terbaca kat surat khabar KOSMO!....

Kebaikan Teh Hijau

1-Kurangkan risiko kanser

Teh hijau mempunyai komponen zat yang mampu melawan sel kanser di badan. Ia mengelakkan pertumbuhan sel ini dan menghasilkan saluran darah baru bagi menggalakkan pertumbuhan sel yang baik. Kajian yang dilakukan menunjukkan teh hijau membantu mengurangkan kanser payu dara, perut, esofagus, kolon dan kanser prostat.

2-Lembutkan kulit

Jika kulit terluka, melecet atau digigit serangga, teh hijau boleh membantu dengan merendamkan sehelai kapas bersih ke dalam teh hijau dan tekankan pada bahagian kulit berkenaan. Teh hijau secara semula jadi mempunyai bahan antiseptik yang menghilangkan rasa gatal dan lebam. Selain itu, ia juga boleh mengawal bintik-bintik keradangan, kulit yang melecur, bekas tanda cacar dan mata yang bengkak disebabkan oleh tidur yang tidak cukup.- Lepas ni Nisa nak try la tuk mata.... huhu

3-Lindungi kulit

Di makmal kajian, teh hijau disapukan terus ke atas kulit kerana ia membantu untuk menghilangkan kanser kulit yang bertindak akibat daripada pendedahan di bawah sinaran matahari. Sebab itu juga, anda melihat lebih banyak khasiat teh hijau digunakan dalam produk krim selar kulit dan pelembap kulit.

4-Penstabil tekanan darah

Bacaan tekanan darah tinggi ialah 120/80 tetapi bagi mengekalkannya pada tahap tersebut bukannya mudah. Apatah lagi dengan tekanan kerja dan tanggungjawab yang bertambah hampir setiap hari. Amalan minum teh hijau setiap hari, mampu mengurangkan kebarangkalian menghadapi masalah hipertensi sebanyak 50 peratus. Kandungan teh hijau membantu mengekalkan fungsi saluran darah yang mengembang dan mengecut pada kadar yang betul.

5-Pelindung memori

Teh hijau secara tidak langsung menolong mengekalkan kecergasan memori atau fungsi otak. Seorang dewasa yang meminum dua gelas teh hijau akan merasai peningkatan masalah kognitif daripada mereka yang tidak menggemarinya.

Kenapa? Ini kerana dos antioksidan yang terkandung dalam minuman ini dapat melawan radikal bebas yang merosakkan saraf-saraf dalam otak seperti pesakit Alzheimer dan Parkinson.

6-Awet muda (ni yg suka dengar ni...hehe)

Lebih muda dan sihat arteri anda, maka lebih muda dan sihat kita rasa dari luar. Helahnya ialah kita harus melawan plak yang terbina dalam saluran darah lalu meningkatkan risiko penyakit jantung, strok serta menambah usia biologikal. Ia juga mengurangkan tenaga di dalam badan.

7-Menurun berat badan (Ha!!! ni sesuai tuk sape2 yg selalu tny mcm mn nak kuruskan badan... Nisa pun tak tau mulanya... Jd, sape yg nak kurus tu, minumla teh hijau.. rupa2nya, inilah rahsiaku...)

Sudah tentu perkara ini menarik perhatian ramai kerana teh hijau mempercepatkan proses pembakaran kalori dengan menghalang penyerapan lemak arteri dan kolesterol.

Tuesday, June 29, 2010

Menyampah....

Agak2 la kan..... menyampah kut....
Dah la perempuan tp lagak cam lelaki...
Agak2 la....
Dah la hisap rokok pastu hembus dpn muka org....
Kut ye pun, hormat la org sikit... kenal pun tak...
Kang amik ekzox lori sumbat masuk mulut br tau...
Alang2 nak hisap kan???
Kalau perempuan tu, buat la cr perempuan...
Bangga ke dpt hisap rokok??? Fikirla...

Thursday, June 24, 2010

Lawak kut.......

Ishk3x Noan ni.... hahaha
mmg lawak... Nakal semua ada....
Nyanyi lagu jiwang tu.... tak leh blah.....
dgn penyapu pun bleh jd... wakaka...
Noan2x.... Geram kut akak tgk Noan...
kalau bleh nak cubit2 lemak Noan kat perut tu....

Monday, June 21, 2010

Barak Allah- Maher Zain

We're here on this special day
Our hearts are full of pleasure
A day that brings the two of you
Close together
We're gathered here to celebrate
A moment you'll always treasure
We ask Allah to make your love
Last forever

Let's raise our hands and make Do'a
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let's all say, say, say

بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير

From now you'll share all your chores chores
Through heart-ship to support each other
Together worshipping Allah
Seeking His pleasure

We pray that He will fill your life
With happiness and blessings
And grants your kids who make your home
Filled with laughter

Let's raise our hands and make Do'a
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let's all say, say, say

بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير

بارك الله
بارك الله لكم ولنا

الله بارك لهما
الله أدم حبهما
الله صلّي وسلّم على رسول الله

الله تب علينا
الله ارض عنا
الله اهد خطانا
على سنة نبينا

Let's raise our hands and make Do'a
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let's all say, say, say

بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير

Jejalan...

Kat stesen LRT Pandan Indah....

Huh..... Hari ni br ade masa nak menaip kat blog ni...
Pasal ape ek?? pasal title kat ats la... JEJALAN @ JALAN-JALAN.... hehe

2 hari lepas kitorg g jalan2x... kat mn???? area KL je la... bw sorg kwn round2 KL... tu pun bkn semua area KL... penat seh..... haha... G mana ek???

1st kitorg naik train g Masjid Jamek dr stesen Pandan Indah la..... Lepas tu amik kwn kat sn n gerak g Low Yatt coz nak beli cd software tp bende yg nak d cr tu takde.... Then, kitorg pusing2x kat Low Yatt tu.... agak2 jemu, kitorg d Sungei Wang... Kat ctu kitorg duk kejap je... Then naik monorail gerak g stesen kat Dang Wangi.. Naik tren n gerak g KLCC... kat ctu, kitorg lepak jap... LEPAK???? Perkataan ni x pernah wujud dlm kamus hidup Nisa..... hahaa


Ni b'gambar kat depan Suria KLCC... Muka penat kut semua...hehe

Then, dah hilang penat, kitorg gerak g Masjid KLCC... solat la....ape lg???.... w/pun jalan2, solat x bleh tinggal la... spai masjid rehat lg coz kaki melecet (btul ke aje ni???)... hahaha.... Tu la... dah tau nak jalan2x, g pkai high heels spa suruh!!!!!.... bongek je..... hehehe

Lepas solat, gerak blk g Suria KLCC... konon2x nye nak g mkn la... skali naik, tgk2x full.... Trus buat keputusan balik umah je la.... Kitorg bw la kwn tu blk umah...mkn kat umah lg best!!!
Tu la jalan2x.... haha... yg geramnye time naik monorail... full mcm tin sardin.... haha...

Muka penat semua... Nisa ja maintain senyum...hehe

Friday, June 18, 2010

Alaaaaa....

Baru nak start menaip... tp kene buat keje lak.... hehe
lain kali la menaip ni.... ishk3x....
kacau daun tul...huhu
bukan jodoh nak menaip la ni...hehe (^_^)