Pages

Showing posts with label Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Kesihatan. Show all posts

Thursday, October 28, 2010

Jantung


Ini cerita serba sedikit tentang jantung. Jantung ini berakhlak mahmudah (akhlak yang terpuji). Jantung amanah. Dia tidak pernah mencuri. Jantung ini ada satu otot, namanya endocardium. Endocardium ini tidak akan mengambil darah yang beroksigen buat dirinya. 100% darah yang diterima, 100% darah yang berkualiti juga akan dipam semula. Tidak pernah sesekali dia menggunakannya buat keperluan dirinya.

Sekiranya coronary artey tersumbat, jantung tetap tidak akan mencuri. Apa yang akan terjadi? Kematian. Dan jantung menujukkan satu lagi sikap, lebih baik mati dalam kemuliaan daripada mati dalam kehinaan.

Jantung juga tidak mementingkan diri. Dia tahu organ-organ lain di dalam badan memerlukan bantuannya. Dia bekerja dalam jemaah, ada "team work". Jantung mengepam 5 L darah dalam masa satu minit. Jumlahnya hampir-hampir satu baldi air. Dia bekerja tanpa rehat. Sekiranya manusia tidur, otaknya akan berehat. Tapi jantungnya akan terus menjalankan tanggungjawabnya kepada Allah.

Jantung menerima arahan dari SA node.. Bahasa mudahnya, SA node ini seperti seorang ketua dan jantung akan mematuhi arahan ketuanya. Dia tidak akan datang lambat. Dia tahu betapa penting dirinya. Dia perlu selalu berinteraksi, menjaga batas perhubungannya. Sekiranya dia berhenti berinteraksi, akan berlaku "sudden cardiac death". Jantung akan tiba-tiba mati.

Satu lagi perkara mengenai jantung - dia tidak akan berhenti bergerak. Apa yang akan terjadi kalau jantung berhenti bergerak? Darah akan bergumpal dan seterusnya menyebabkan strok dan serangan sakit jantung. Jantung mengajar kita agar sentiasa belajar - menjadi continuous learning person. Jangan berhenti. Exam bukannya terminal (penamat) segalanya-galanya. Sebagai seorang muslim, perlu belajar sehingga ke liang lahad.

Jantung ini patuh pada siapa?? Jantung ini patuh pada penciptanya, Allah. Kalau dia patuh pada
saya dan awak, dah lama jantung mati. Contohnya, awak beri arahan, sekarang berdegup cam gini...cam gini...Lepas tu, awak beri lagi arahan...berdegup cam gini...cam gini...Awak akan jadi gila, dan jantung juga akan mati kerana mematuhi peraturan yang tidak masuk akal.

Kadang kita tidak sedar betapa hebatnya kasih sayang Allah buat hambaNya. Derhaka macam mana pun, jantung tetap berfungsi dengan baik. Semua itu nikmat. Bertaubatlah sebelum jantung itu berhenti berfungsi kerana mematuhi perintah RabbNya.

HARGAILAH JANTUNG ANDA.....

Saturday, July 10, 2010

Teh Hijau/ Green Tea

Teh hijau mengandungi nutrien yang terbaik untuk kesihatan- golongan muda atau tua, lelaki atau perempuan. Nisa pun baru tau je w/pun selama ni duk minum teh hijau... rUpa2nya, byk gak khasiat teh hijau ni... Ni Nisa terbaca kat surat khabar KOSMO!....

Kebaikan Teh Hijau

1-Kurangkan risiko kanser

Teh hijau mempunyai komponen zat yang mampu melawan sel kanser di badan. Ia mengelakkan pertumbuhan sel ini dan menghasilkan saluran darah baru bagi menggalakkan pertumbuhan sel yang baik. Kajian yang dilakukan menunjukkan teh hijau membantu mengurangkan kanser payu dara, perut, esofagus, kolon dan kanser prostat.

2-Lembutkan kulit

Jika kulit terluka, melecet atau digigit serangga, teh hijau boleh membantu dengan merendamkan sehelai kapas bersih ke dalam teh hijau dan tekankan pada bahagian kulit berkenaan. Teh hijau secara semula jadi mempunyai bahan antiseptik yang menghilangkan rasa gatal dan lebam. Selain itu, ia juga boleh mengawal bintik-bintik keradangan, kulit yang melecur, bekas tanda cacar dan mata yang bengkak disebabkan oleh tidur yang tidak cukup.- Lepas ni Nisa nak try la tuk mata.... huhu

3-Lindungi kulit

Di makmal kajian, teh hijau disapukan terus ke atas kulit kerana ia membantu untuk menghilangkan kanser kulit yang bertindak akibat daripada pendedahan di bawah sinaran matahari. Sebab itu juga, anda melihat lebih banyak khasiat teh hijau digunakan dalam produk krim selar kulit dan pelembap kulit.

4-Penstabil tekanan darah

Bacaan tekanan darah tinggi ialah 120/80 tetapi bagi mengekalkannya pada tahap tersebut bukannya mudah. Apatah lagi dengan tekanan kerja dan tanggungjawab yang bertambah hampir setiap hari. Amalan minum teh hijau setiap hari, mampu mengurangkan kebarangkalian menghadapi masalah hipertensi sebanyak 50 peratus. Kandungan teh hijau membantu mengekalkan fungsi saluran darah yang mengembang dan mengecut pada kadar yang betul.

5-Pelindung memori

Teh hijau secara tidak langsung menolong mengekalkan kecergasan memori atau fungsi otak. Seorang dewasa yang meminum dua gelas teh hijau akan merasai peningkatan masalah kognitif daripada mereka yang tidak menggemarinya.

Kenapa? Ini kerana dos antioksidan yang terkandung dalam minuman ini dapat melawan radikal bebas yang merosakkan saraf-saraf dalam otak seperti pesakit Alzheimer dan Parkinson.

6-Awet muda (ni yg suka dengar ni...hehe)

Lebih muda dan sihat arteri anda, maka lebih muda dan sihat kita rasa dari luar. Helahnya ialah kita harus melawan plak yang terbina dalam saluran darah lalu meningkatkan risiko penyakit jantung, strok serta menambah usia biologikal. Ia juga mengurangkan tenaga di dalam badan.

7-Menurun berat badan (Ha!!! ni sesuai tuk sape2 yg selalu tny mcm mn nak kuruskan badan... Nisa pun tak tau mulanya... Jd, sape yg nak kurus tu, minumla teh hijau.. rupa2nya, inilah rahsiaku...)

Sudah tentu perkara ini menarik perhatian ramai kerana teh hijau mempercepatkan proses pembakaran kalori dengan menghalang penyerapan lemak arteri dan kolesterol.