Dah lama tak menulis kat sini.... Bukan tak ada cerita, tapi agak malas nak bercerita... Boleh macam tu??? Ok la kan...hehe
Tadi masa kat dapur, bercerita la kat adik Nisa yang kecik sekali ni, Tisya.. Dia ni suka sikit dengar2 cerita... So, Nisa cerita la kat dia konon2nya sejarah ikan keli... Macam mana ikan keli boleh dapat namanya.... Adik Nisa cakap dia geli nak pegang ikan keli... So, Nisa cakap la yang ikan keli tu sebenarnya 'ikan geli'... Ikan tu ditukar ke nama ikan keli coz kalau guna ikan geli, nanti orang tak mau beli... Betulkah?? haha
Arghh... sedar tak sedar, tinggal lagi seminggu ja cuti... Lepas ni, pulang ke hutan semula... huhu...
Jangan tinggalkan orang yang kita sayang untuk orang yang kita suka kerana orang yang kita suka itu mungkin akan tinggalkan kita untuk orang yang disayanginya......
Sunday, November 21, 2010
Saturday, November 6, 2010
Cat....
Program cuti kali ni ialah mengecat bilik... Rasa macam besar ja bilik ni... Baru cat sebelah dinding baru... Haish... Malas2... Tak boleh nak malas, kang separuh bilik ja yang bercat... Dah dua hari pun tak siap2 lagi...
Tuesday, November 2, 2010
Batuk
Selsema hampir berkurangan... tapi batuk pula yang lebih- lebihsampai terasa perit tekak ni...
Tak suka makan ubat batuk....
***
Tak sabar tunggu hari esok... Nak balik.... Lama rasanya tak balik rumah... Baru nak dekat dua bulan (dah kata lama)... keke...
Tak suka makan ubat batuk....
***
Tak sabar tunggu hari esok... Nak balik.... Lama rasanya tak balik rumah... Baru nak dekat dua bulan (dah kata lama)... keke...
Subscribe to:
Posts (Atom)